Euforia Bola 2026
TECH By: SGMS Putri July 10, 2018 @ 3:20pm

Musim Ke-Lima Fortnite Mungkin Membawa Pemain Merentasi Masa

Epic Games akhirnya telah mengeluarkan iklan acah rasmi buat musim ke-lima permainan battle royale itu buat kali pertama. Pengumuman itu dibuat menerusi kiriman Twitter akaun rasmi Fortnite. Dalam iklan acah yang dikirim pada 9 Julai tersebut, mereka memberitahu bahawa musim terbaru itu akan tiba dalam masa tiga hari lagi(12 Julai).

View image on Twitter

View image on Twitter

Fortnite

✔@FortniteGame

 
 

3 days until Season 5…

 

Foto iklan acah berkenaan menampilkan imej topeng dengan kesan retakan yang sering muncul dalam permainan tersebut sebelum ini. Sejak retakan berkenaan muncul buat kali pertama, para pemain Fortnite sudah mula membuat andaian berkaitan maksud sebenar yang ingin disampaikan.

Antara andaian yang paling mendapat persetujuan ramai ialah imej topeng tersebut mewakili makhluk lagenda Jepun, Kitsune atau musang jadian. Dalam kisah lagenda berkenaan, Kitsune merupakan seekor musang yang boleh berubah menjadi seorang manusia dan memiliki beberapa kuasa istimewa yang lain.

Topeng Kitsune

Mereka juga mengandaikan kesan retakan pada imej topeng itu terjadi semasa proses perubahan bentuk itu. Atas sebab itu, ramai yang berpendapat musim baru bagi permainan Fortnite ini akan membawa pemain merentas masa untuk kembali ke zaman haiwan lagenda tersebut.

Fortnite sebelum ini telah membawa watak Thanos ke dalam permainan itu, jadi tidak mustahil watak Kitsune juga boleh diperkenalkan pada musim kali ini. Apa pun, untuk kepastian, sama-sama kita tunggu musim baru yang akan bermula dari 12 Julai sehingga 20 September ini dilancarkan.

Sumber 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

TECH Wed, 12 Sep 2018

Merakam Video Diam-diam di Android

Anda boleh merakam video tanpa memasukkan menu kamera canggih ke tak guna smartphone kini

TECH Wed, 27 Nov 2019

Cara Membolehkan Mod Incognito Dalam Google Maps

Mod Incognito Dalam Google Maps

TECH Fri, 1 Nov 2019

Selain 15GB Storan Percuma, Ini Kelebihan Menggunakan Google Drive

Google Drive memberi ruang storan kepada anda untuk menyimpan sebarang fail dan ia termasuklah foto, lukisan, reka bentuk, rakaman suara mahupun video dan pelbagai lagi. Anda diberi peluang untuk membawa fail itu ke mana sahaja […]

TECH Tue, 17 Jul 2018

Ramalan Tepat EA Sports Mengenai Juara Piala Dunia 2018

EA Sports sebagai pemegang francais permainan FIFA 18 dengan tepat meramal Perancis sebagai juara Piala Dunia 18 di Rusia. Mereka melakukannya dengan melakukan simulasi pada bulan May menggunakan DLC (downloadable content) Piala Dunia Rusia. Mereka […]

Tech News Sun, 6 May 2018

7 Perkara Menarik Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Permainan Video

Permainan video merupakan salah satu industri yang berjaya di Amerika Syarikat dan bekas Presiden Obama melakukan langkah bijak untuk memanfaatkannya.

TECH Wed, 25 Jul 2018

Perkara Yang Anda Perlu Tahu Berkenaan Kemaskini PUBG Mobile 0.7.0

Pemain permainan battle royale yang sedang popular ketika ini, PUBG Mobile sudah boleh mula memuat-turun kemaskini terbaru bagi permainan tersebut di peranti iOS dan Android mereka bermula semalam. Beberapa pembaharuan menarik telah dibawa masuk untuk kemaskini kini berkenaan. Pembaharuan terbesar yang dibawa […]

TECH Thu, 23 Jan 2020

3 Aplikasi Alternatif Kepada Whatsapp

Jangan bergantung pada yang satu ye

TECH Sat, 28 Jul 2018

PUBG Dan Fortnite Dilaporkan Bakal Terima Persaingan Baru

Sebut sahaja permainan video jenis battle royale, pastinya permainan PlayerUnknown’s Battlegrounds(PUBG) dan Fortnite yang akan terlintas di fikiran kita terlebih dahulu. Jika untuk platform mudah alih, mungkin Free Fire dan Rules of Survival termasuk dalam […]

TECH Mon, 14 May 2018

Papan Klip Terbaru Windows 10 Bakal Memudahkan Kerja-Kerja ‘Copy’ & ‘Paste’

Wow.. untuk pengguna Windows 10 memudahkan Kerja-Kerja ‘Copy’ & ‘Paste’

TECH Wed, 2 May 2018

“Play on Spotify” Function Now Added to Insta-Stories

Music has just become more convenient for everyone.

error: Content is protected !!