Euforia Bola 2026
Fab Foodies! By: Ad Ops May 24, 2019 @ 1:44pm

Nah, Korang Wajib ke Bazar Ramadan di Puncak Pencakar Langit Kuala Lumpur!

Ramadan kini memasuki fasa ketiga, 10 malam akhir – pastinya korang masih tercari keunikan berbuka puasa di kotaraya Kuala Lumpur! PNB Perdana Hotel & Suites On The Park Kuala Lumpur menampilkan kelainan untuk berbuka puasa pada tahun ini dengan membawa suasana meriah bazar Ramadan di tingkat 39!

Berlatarkan mercu tanda KLCC , Menara Kuala Lumpur serta bangunan Tabung Haji; lokasi The 39 Restoran adalah salah satu lokasi wajib buat korang yang gemar bergambar usai iftar!

Istimewa tahun ini, The 39 Restoran yang berkonsepkan suasana ‘fine-dining’ kini diubah menjadi bazar yang menampilkan seleksi juadah Ramadan unik buat para pengunjung bagi merasai suasana seperti berada di bazar Ramadan yang sebenar, fuhh dahsyat!

“Seperti yang sedia maklum, bazar Ramadan menjadi medan tarikan pengunjung untuk membeli juadah berbuka puasa tanpa mengira kaum. Sehubungan itu, kami di hotel ini menjanjikan satu pengalaman bazar Ramadan yang menarik dengan tawaran pelbagai menu istimewa,” menurut Encik Taha Zainal, Pengurus Besar PNB Perdana Hotel & Suites On The Park Kuala Lumpur

188 Variasi Hidangan Masakan Tempatan

 Menerusi pemerhatian xtra, hampir 188 variasi hidangan masakan tempatan disediakan mengikut konsep gerai di bazar Ramadan. Malah, korang pasti akan teruja dengan sajian menu tradisi Melayu di Bazar Perdana ini yang dibina khas di tingkat 39 pencakar langit di segitiga emas Kuala Lumpur! The 39 Restoran menampilkan ‘signature dish’ terkenal mereka bersempena Bazar Perdana antaranya Kari Kepala Ikan yang menyelerakan, Sup Gearbox, Kambing Golek, Satay, Ais Batu Campur (ABC) dan Sushi.

Ruang Muslim-Friendly Disediakan

Mahu bersolat? Kemudahan selesa untuk solat maghrib dan tarawih turut tersedia di tingkat 5. Paling best, PNB Perdana Hotel & Suites On The Park Kuala Lumpur yang berkonsepkan syariah Islam diiktiraf halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) semenjak tahun 2007 lagi, jadi korang tak perlu ragu-ragu dengan segala sajian yang disediakan!

Nah, kami sajikan hidangan menarik yang pasti mengiurkan di Bazar Perdana PNB Perdana Hotel & Suites On The Park Kuala Lumpur!

 

 

 

 

 

 

 

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 14 Sep 2022

“Saya Hampir Tolak, Tapi..” – Afieq Shazwan Gementar Jadi ‘Anak Ikan’ Kepada…

Wow! Anak ikan? Luar biasa ek Afieq Shazwan 🥵 Agaknya siapa Sugar Mommy Afieq? 🤭

Featured Mon, 22 Jan 2024

“Boleh Dikatakan Tiap Masa Terima Panggilan Kematian…” – Noorkhiriah Minta Netizen Jangan ‘Hanyut’

Masyaa-Allah bukan semua orang boleh cakna dengan perkara macam ni… 😥

Hiburan Fri, 29 Mar 2024
FESYEN Wed, 31 Jul 2019

Actress Farah Nabilah Gives E! News on Tips to Looking Flawless in the Perfect Fit

Malaysian actress Farah Nabilah shares with us to her secret tips on giving the blush to her perfect fit! Finding the perfect shade to your skin tone has always been a struggle for literally anyone […]

Featured Tue, 10 Jan 2023
Featured Tue, 27 Dec 2022
Hiburan Fri, 17 Jan 2020
Featured Fri, 2 Dec 2022
error: Content is protected !!