Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida May 1, 2019 @ 5:15pm

Nak Cari Angin Baru, Khai Bahar Nafi Ada Masalah

Penyanyi Khai Bahar menekankan keputusannya untuk keluar dari bumbung pengurusan NAR Records selepas tiga tahun bersama bukan disebabkan bermasalah tetapi mencari angin baharu.

Pelantun lagu Luluh ini berkata keputusan itu dibuat selepas berbincang dari hati ke hati dan kini bergerak di bawah syarikat pengurusannya sendiri, KB Grateful Music.

“Hasil perbincangan bersama, kami sepakat mencuba sesuatu yang baharu. Dalam hidup ini, kita perlu ambil risiko jika mahu memajukan diri dan tidak terus selesa dengan apa yang dimiliki.

“Saya percaya ruang untuk memperbaiki dan mempertingkatkan kerjaya seni itu sentiasa terbuka luas. Persaingan juga semakin hebat dan saya tidak tahu sampai bila mampu bertahan.

“Keputusan untuk bergerak sendiri dibuat selepas berfikir panjang dan mempertimbangkan banyak perkara. Lagipun, kontrak saya bersama NAR hanya tiga tahun dan sudah tiba masa untuk saya berdikari,” katanya.

Tambah penyanyi yang baru muncul dengan single ke-10, Air Mata itu lagi, dia terhutang budi dan berterima kasih kepada NAR yang banyak membantu melonjakkan namanya.

“Apa juga yang dicapai selama ini diraih berkat sokongan padu mereka. Tidak timbul isu tidak puas hati atau kami ada masalah. Alhamdulillah, hasrat saya unutk bergerak sendiri turut mendapat sokongan mereka.

“Meskipun sudah tidak bersama mereka lagi, saya sedia untuk terus bekerjasama jika diperlukan,” kata Khai yang bakal muncul dengan album sulung pada Ramadan ini.

Khai yang mengukuhkan profil seni dengan mengumpul lebih 20 trofi memberitahu, album itu memuatkan 11 lagu dan enam daripadanya adalah single terdahulunya.

“Selain lagu ciptaan sendiri, album itu turut menampilkan lagu ciptaan komposer Indonesia,” katanya.-BH Online.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 22 Nov 2023
Events Fri, 18 Jan 2019
Hiburan Mon, 20 Aug 2018

Ribut Kencang Di Oklahoma, Backstreet Boys Pesan Simpan Tiket!

Hal ini turut disahkan oleh jurucakap di tempat kejadian, Kym Koch Thompson di mana runtuhan pintu gerbang ke arena konsert disebabkan ribut kencang. Semoga semuanya berada dalam keadaan selamat…

Trending Mon, 15 Jun 2020
Hiburan Wed, 12 Sep 2018

Tahniah! Ayu Raudhah Hamil Anak Keempat

Rezeki Allah itu datang dalam berbagai bentuk yang diikuti tanda pagar Laura Zuleykha nak jadi kakak, suami nak anak ramai, Allah pun bagi… Tahniah Ayu & Zaquan!

Hiburan Thu, 7 May 2026

“Nak Booking Slot Promo Pun Susah” – Aina Abdul Kongsi Kesukaran & Cabaran Promosi Lagu

individu terbabit berpendapat penampilan fesyen unik dan visual mewah semata-mata tidak lagi cukup untuk terus mengangkat jenama Aina dalam industri hiburan.

Featured Wed, 8 Feb 2023

Didakwa Jalin Hubungan, Dhabitah Sabri & Jiggy Masin Bakal Tamat Zaman Bujang?

Wah, kalau betul apa salahnya, hangpa boleh makan nasi minyak🧡

Hiburan Fri, 21 Jun 2024
error: Content is protected !!