Euforia Bola 2026
Events By: SGMS Faida September 20, 2018 @ 7:00pm

#ABPBH31 : Ayuh Meriahkan #FANtastik ABPBH 22 September Ini!

Debaran kian terasa…Ayuh kunjungi #FANtastik ABPBH 31 untuk menyaksikan persembahan artis anda. Bukan itu saja, pelbagai jualan dan aktiviti menarik menanti anda di booth kelab peminat.

Tanda kalendar anda dan jom meriahkan karnival ini pada hari sabtu, 22 September 2018, bertempat di Istana Budaya, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur. Rugi tau kalau tak datang!

Ini kerana buat kali pertama dalam sejarah penganjuran ABPBH, kira-kira 20 kelab peminat (FC) artis akan membuka booth dan melakukan pelbagai aktiviti bersama selebriti termasuk acara zumba dan Flashmob X Sorak di Laman Santai, bermula jam 9.30 pagi.

Antara FC yang akan membuka booth adalah Siti Zoners (kelab peminat Datuk Seri Siti Nurhaliza); Janna Nickers (Janna Nick); Khai Bahar Empire (Khai Bahar) dan Syafiq Kyle FC (Syafiq Kyle).

Tidak ketinggalan, kelab peminat Nur Fazura, Fasha Sandha, Wany Hasrita, Zizan Razak, Emma Maembong, Nabila Razali, Abam, Izzue Islam, Fikry Ibrahim dan Farah Nabilah.

Pada hari itu nanti, setiap FC menyusun program di booth mengikut kreativiti masing-masing. Antara acara menanti pengunjung adalah sesi ramah mesra bersama artis, pameran trofi ABPBH, pameran ‘throwback’ busana yang digayakan selebriti di karpet merah ABPBH dan jualan produk serta lelongan barangan ‘preloved’ artis.

Selain hadiah kepada juara pertandingan zumba dan Flashmob X Sorak, penganjur turut menyediakan ganjaran bagi pemenang kategori FC Paling Sempoi, FC Paling Havoc dan FC Paling INFINITI.

Selain aktiviti di booth, pengunjung juga akan dihiburkan dengan aksi penyanyi jalanan selain persembahan artis seperti Khai Bahar, Shaa dan Aman Aziz, Sufian Suhaimi, Lan Solo dan Aman.

Majlis yang akan diadakan mulai jam 3 petang itu, bagaimanapun hanya dibuka kepada penaja dan tetamu jemputan.

Pada majlis itu, tetamu akan dipertontonkan elemen ‘look & feel’ tema ABPBH 31 iaitu INFINITI melalui pertunjukan fesyen oleh pereka terkenal, Razman Razmi. Jom ramai-ramai meriahkan #FANtastik ABPBH 31 okay? Jumpa anda di sana!

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 3 May 2023
Featured Wed, 30 Nov 2022

Tabung Kecemasan Nad Zainal Dilancarkan, Inisiatif Rakan Artis Bantu Kos Rawatan

Moga dipermudahkan buat Nad Zainal dan ahli keluarga🧡

Events Wed, 28 Nov 2018

张韶涵大马演唱会请「好朋友」当嘉宾?她只说……

相隔两年张韶涵将于2019年1月12日再度来马开唱!问她会否邀请「好朋友」当嘉宾时,她只说了……

Hiburan Sat, 2 Nov 2024

Isu Dihalau Pihak Berkuasa Pada Malam Perayaan Patah Hati Di Kemaman, Awa Zainal Mohon Maaf

“Saya berjanji untuk lebih berhati-hati” – Awa Zainal

Hiburan Fri, 14 Nov 2025
error: Content is protected !!