Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi January 13, 2026 @ 1:25pm

“Nak Makan Sedap Tapi Kedekut?” – Azza Elite Tegur Individu Pertikai Harga Rembayung Didakwa Mahal

Penyanyi, Azza Elite meraih perhatian ramai apabila tampil menegur seorang individu yang mempersoalkan harga makanan di Restoran Rembayung milik personaliti media sosial terkenal, Khairul Aming, secara terbuka di media sosial.

Individu berkenaan memuat naik ciapan mempertikaikan harga makanan di restoran tersebut dengan nada sinis, seolah-olah mempersoalkan sama ada premis itu benar-benar membantu rakyat dari segi harga makanan.

“Ini kedai idola awak semua? Nak tolong rakyat harga marhaen?” soal individu tersebut.

Tidak berdiam diri, Azza atau nama sebenarnya Nor Azzarima Zawari tampil membalas ciapan itu menerusi platform Threads dengan menyifatkan tindakan berkenaan sebagai keterlaluan.

“Nak makan sedap tapi kedekut. Nanti Allah tarik rezeki baru tahu. Jangan kedekut dengan diri sendiri. Kalau mampu makan, kalau tak mampu kita masak sendiri. Selesai,” katanya.

Dalam pada itu, anggota kumpulan Elite itu turut mempersoalkan niat individu berkenaan yang memuat naik resit pembayaran ke media sosial, seolah-olah cuba mencetuskan sensasi.

“Kenapa nak kena tunjuk resit? Sebab nak hype? Kau makan Sukiya, Serai pun bil macam ni juga,” katanya lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 14 Nov 2019

Teguran Berhemah Zul Yahya Mengenai Foto Tular Dipuji Netizen

Terimalah teguran Zul Yahya dengan hati yang terbuka ya?

Trending Thu, 17 May 2018

12 English Quotes We’ve Been Getting Wrong All This Time

Avoid failing your English exams by learning the real ones.

Trending Sun, 19 Jun 2022
Featured Wed, 24 Aug 2022

[VIDEO] ‘Sound’ Orang Bodoh, Ramai Netizen Sokong Zulin Aziz! – “Bila Marah Auto Jadi Ziana Zain”

Min setuju dengan Zulin! Buat penat diri sendiri je kalau layan orang bodoh 😌

Featured Sun, 12 Nov 2023

Puas! Peminat Tak Kisah Menanti Demi Tonton Persembahan ‘Terakhir’ Di KL, Konsert Noah Menemaniku Full House

Konsert Noah Menemaniku Live In Kuala Lumpur yang berlangsung di Mega Star Arena Kuala Lumpur pada Sabtu ternyata memberikan impak luar biasa khas buat peminat setianya di Malaysia. Dibanjiri lebih 6,000 penonton, sudah pasti peminat […]

Featured Mon, 11 Nov 2024

Aina Abdul Dedah Kemunculan Fattah Amin Dalam MV Adalah Pilihan Ibu – “Dia Cakap Kena Ada Hero Dalam MV Ni”

Ibunya merupakan orang pertama yang mendengar lagu tersebut sekaligus memberi cadangan agar aktor itu muncul dan menjadi hero dalam muzik video berkenaan.

Trending Tue, 24 Dec 2019

RM100,000 Could Be Fined If Caught Hawking Along The Traffic Lights, But This Shows How Bad Our Economy Is

If the root problem isn’t solved, treating its shoots won’t do the job.

error: Content is protected !!