Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin April 20, 2026 @ 12:39pm

Nama Dipetik Bakal Menang Vokal Terbaik AJL40 Bersaing Bersama Aina & Marsha, Reynald Guntabid Terharu

Penyanyi yang juga pemenang kategori Vokal Terbaik pada Anugerah Industri Muzik (AIM) Ke-24 lalu iaitu, Reynald Guntabid bersyukur apabila single pertamanya berjudul Lumangad Oku Dika (Ku Merindukan Kamu) berjaya membolosi pentas akhir Anugerah Juara Lagu 40 (AJL40)  yang bakal berlangsung pada Ogos depan.

Menganggap saingan pada AJL40 kali ini begitu sengit, Reynald bagaimanapun berbangga kerana lagunya kini sudah mula diterima dan mendapat sokongan orang ramai.

“Perasaan saya sangat terharu dan sangat terkejut juga. Tapi yang saya rasa sekarang adalah sangat bangga sebab lagu ini sudah diterima dan disokong oleh orang ramai sampai ke tahap ini juga,” katamya.

Dalam pada itu, ketika disoal mengenai beban dan tanggung jawab yang harus dipikulnya di pentas AJL40 apabila bakal bersaing bersama nama-nama besar dalam industri, anak kelahiran Sabah itu bagaimanapun berasa gementar namun menyifatkan ia sebagai satu rezeki besar untuknya.

“Beban tidak sesuailah. Dia lebih kepada tanggung jawab. Jadi malam ni punya nervous tu akan sampai ke final.

“Perancangan dengan label punya planning, dengan persembahan, semualah. Jadi itu salah satu seperti saya cakap, rezeki sudah datang, tanggungjawab adalah untuk menjaga,” jelasnya.

Reynald berkongsi perkara itu ketika sesi sidang media AJL 40 Separuh Akhir (SA) yang ebrlangsung di Glenmarie, Shah Alam baru-baru ini.

Mengulas mengenai namanya antara disebut sebagai individu yang bakal merebut trofi Vokal Terbaik selepas Marsha Milan, Dayang Nurfaizah dan Aina Abdul, Reynald mengakui terharu dengan pujian tersebut.

“Kak Aina (Aina Abdul) follower dia kuat. Salah seorang idola saya. Lepas tu dia punya persembahan unik, jadi lagu tu mesti ada arrangement.  Dia mesti akan buat sesuatu yang amazing.

“Lepas tu Kak Marsha, selain sama-sama Sabahan,  sama-sama power vocal kan? Apapun ini pengalaman pertama saya.

“Kalau itu rezeki saya, saya terima. Tapi saingan memang kuat. Saya akan buat yang terbaik.

“Menang kalah tidak apa, yang penting saya tidak mengecewakan diri saya sendiri. Kalau Vokal Terbaik tu direzekikan untuk saya, saya terima,” ujarnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 25 Jul 2018
Hiburan Sat, 8 Jun 2019

Oppa K-Pop Nyanyi Lagu Raya, Sedap Ke?

Wow! Oppa pandai nyanyi lagu raya pun dah kira okay kan? Tak Gitu!

Hiburan Sun, 1 Sep 2019

西洋摇滚不老天团Air Supply于12月重登云顶世界!

西洋摇滚不老天团Air Supply于12月重登云顶世界!唱响40周年经典摇滚金曲~

Hiburan Thu, 13 Dec 2018
Hiburan Mon, 11 Mar 2019

Liyana Jasmay Kembali Dalam Drama Cikgu, Papa Kirim Salam

Buat para peminat LJ yang merindui lakonannya, Liyana Jasmay kini kembali dalam Drama Cikgu, Papa Kirim Salam di slot Dahlia TV3.

Featured Sun, 5 Apr 2020
error: Content is protected !!