Euforia Bola 2026
Gaya Hidup By: Ad Ops February 8, 2018 @ 2:34pm

Nasi Tak Salah, Tapi Ada Makanan Yang Lebih Bagus

Mengapa setiap kali berdiet, ramai orang yang seboleh-bolehnya tidak mahu makan nasi? Biarpun ramai pakar pemakanan mengatakan nasi tak salah, namun masih ramai yang percaya nasi buat badan membulat!

Ada betulnya juga kerana nasi memiliki Indeks Glisemik yang sangat tinggi. Apabila Indeks Glisemik  sangat tinggi, ini bermakna nasi lebih cepat diserap tubuh menjadi gula darah.

Oleh itu, nasi putih memang tidak baik diambil secara berlebihan kerana ia boleh meningkatkan risiko obesiti dan juga diabetis. Sebab itulah, nasi putih tidak begitu disarankan untuk seseorang yang sedang berusaha untuk menurunkan berat badan.

Jadi apa yang boleh menggantikan nasi?

1) Ubi kayu

Ubi kayu merupakan salah satu menu pengganti nasi yang sangat baik. Untuk menu makan diet, sebaiknya rebus sahaja ubi kayu, jangan digoreng. Cari ubi kayu yang kulit luarnya berwarna kemerah-merahan agar mudah empuk apabila dimasak. Ubi kayu juga mampu menurunkan kadar kolesterol jahat kerana kandungan seratnya yang cukup tinggi. Karbohidrat kompleks yang terkandung di dalam ubi kayu apabila dikombinasikan dengan Indeks Glisemik hanya berjumlah 55.

2) Kentang

Kentang yang mengandung vitamin C, serat dan kalori (rendah) patut diambil ketika diet. Walaupun kentang memiliki Indeks Glikemik yang cukup tinggi, namun kentang lebih baik daripada nasi. Cara terbaik sama seperti menikmati ubi kayu iaitu dengan merebus. Ataupun boleh dilenyek untuk dijadikan kentang putar (whipped potato).

3)  Buah Sukun

Selalunya, buah Sukun dinikmati dengan menggorengnya dengan tepung atau dijadikan kerepek. Bagaimanapun, untuk diet buah ini hanya perlu direbus atau dikukus. Selain sesuai untuk menurunkan berat badan, kandungan flavonoid di dalamnya juga sangat baik untuk menjaga kesihatan ginjal dan jantung. Kadar Indeks Glisemiknya juga rendah walaupun rasanya manis.

4) Pasta

Pasta juga bagus untuk menggantikan penggambilan nasi.  Ia boleh diambil pada waktu pagi, tengahari atau malam. Indeks Glisemik pasta sangat rendah dan sangat sesuai untuk tubuh badan.

5) Jagung

Selain popular dijadikan menu pencuci mulut, jagung sebenarnya sesuai untuk dijadikan menu diet. Tak perlu susah-susah. Rebus bersama sedikit garam atau bakar. Elakkan menyapu mentega atau marjerin kerana dua bahan ini tinggi lemak dan garam. Indeks Glikemik jagung hanya 55-60 sahaja.

Sumber: Aplikasi Wanita

Muat turun secara percuma di:

Google Play – http://bit.ly/WanitaAndroid

AppStore – http://bit.ly/WanitaApple

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Gaya Hidup Sat, 19 Oct 2019

Ingin tahu makanan kegemaran dan lokasi lepak Tunku Tun Aminah? Jom klik!

Tunku Tun Aminah, puteri stailo berjiwa rakyat!

Gaya Hidup Sun, 6 May 2018

Robert Downey Jr. Tayang Rumah Kincir Angin Miliknya Dalam Video Ini

Mewah tapi pada masa yang sama, seronok untuk didiami.

Gaya Hidup Tue, 20 Aug 2019
Gaya Hidup Sat, 13 Oct 2018

Wanita Ini Dipenjara 3 Bulan Kerana Periksa Telefon Bimbit Suami!

Biar betul kena penjara sebab check telefon bimbit suami? 

Gaya Hidup Wed, 8 Aug 2018

5 Tip Untuk Mencegah Uban Di Kepala. Baru Sentiasa Nampak Muda!

Jangan biar rambut beruban burukkan penampilan anda!

Featured Fri, 15 Mar 2019
Featured Wed, 11 Jan 2023

Syafiq Farhain Sengaja Pancut Air Soya Ke Muka Anak Buah, Netizen Komen: “Sangat Tenang & Kental Kau Dik”

Gelagat penyanyi Syafiq Farhain bergurau bersama anak buahnya meraih perhatian warganet. @syafiqfarhainTb video lama gurau dgn anak buah🤣♬ original sound – Syafiq Farhain Menerusi kemas kini terbaharu di TikTok, Syafiq dengan sengaja menekan kotak air […]

Gaya Hidup Wed, 3 Jul 2019
Featured Sat, 16 May 2020

Burger Maya Karin dapat sambutan, bakal buka 3 cawangan lagi

Ramai peminat ingin cuba Burger Bakar Maya

error: Content is protected !!