Euforia Bola 2026
Events By: Salma Syahbuddin November 23, 2023 @ 1:35pm

Neelofa Mengaku Tertekan, Konflik Negara Bergolak Punca ‘Supply’ Susu Badan Terganggu 

Selepas sebulan aktif mengikuti perkembangan di bumi bergolak Gaza, selebriti terkenal Noor Neelofa Mohd Noor mengaku tertekan dengan isu semasa dunia sehingga menyebabkan bekalan susu badannya terjejas.

Katanya, dia terbuka berkongsi mengenai perkara itu kepada umum untuk menyebarkan kesedaran tentang kekejaman pihak Zionis kepada penduduk Palestin.

“Selepas sebulan saya membuat hantaran mengenai isu di sana (Palestin) saya decide untuk tukar cara posting, pilih konten yang berbeza maksudnya perspektif konten yang berbeza.

“Kalau dulu saya memilih banyak isu wanita dan kanak-kanak, tapi kalau tengok kali ini saya lebih kepada konten yang educating, konten yang memberi awareness. Sebab tekanan yang berlaku di sana, dia memberi kesan kepada supply susu saya.

“Sebagai ibu yang menyusu bayi berusia empat bulan, penurunan jumlah besar dalam bekalan setiap hari memberi kesan kepada anak saya,” katanya.

Enggan wanita lain mengalami nasib serupa, Neelofa bagaimanapun menitipkan pesanan agar golongan ibu menitikberatkan kesihatan mereka demi anak-anak.

“Bukan saya suruh abaikan ataupun tidak buat hantaran tapi pilih kandungan yang tak beri kesan emosi.

“Ibu-ibu di luar sana, kalau mahu sokong atau sebarkan kesedaran haruslah fikir tentang anak yang menyusu terlebih dahulu,” jelasnya.

Neelofa berkongsi mengenai perkara itu ketika majlis kerjasama antara Mowa Water dan Neelofa yang berlangsung di sebuah hotel terkemuka di ibu kota.

Sekadar info, sejak konflik berlaku di bumi bergolak itu, isteri kepada PU Riz ini merupakan antara barisan artis yang lantang menyuarakan pendapat menerusi platform media sosialnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 1 Apr 2021

Bazar Ramadan & Bazar Aidilfitri Akan Ditutup Jika Tidak Patuh SOP

Walaupun operasi bazar Ramadan pada tahun ini dibenarkan, namun Majlis Keselamatan Negara (MKN) bertegas akan menutup mana-mana gerai yang beroperasi dalam bazar Ramadan dan Aidilfitri sekiranya gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan kerajaan. Bagi […]

Featured Tue, 21 Feb 2023
Hiburan Fri, 2 Jun 2023
Featured Fri, 9 Sep 2022
Hiburan Sun, 11 Nov 2018

Jarang Bagi Orang Lain ‘Sentuh’ Wajah, Aishah Azman Kongsi Tips Cantik

Aishah Azman mengaku sangat mementingkan penampilan tetapi tidaklah sampai tahap menyusahkan.

Hiburan Tue, 7 Jan 2020
Featured Wed, 11 Jan 2023
error: Content is protected !!