Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin July 17, 2024 @ 6:55pm

[VIDEO] Belum Kongsi Rupa Paras Abdullah Abbas, Neelofa & PU Riz Rasa Lebih Selesa ‘Kaburkan’ Wajah Anak

Pengacara popular, Neelofa dan suami, pendakwah bebas Haris Ismail atau PU Riz masih selesa untuk tidak berkongsi wajah anak kedua mereka, Abdullah Abbas.

Genap setahun usia Abbas pada 11 Julai lalu, Haris mempunyai pendapat tersendiri mengenai pendedahan wajah anak-anak mereka di media sosial.

“Cepat masa berlalu, Alhamdulillah, usia Abdullah Abbas sudah cukup satu tahun. Macam mana pun kami akan hantar ke sekolah.

“Sekarang pun sudah ramai orang melihat Abdullah Abbas, cuma kami tak nak tonjolkanya,” katanya.

Lebih selesa tak tunjuk wajah Muhammad Bilal dan Abdullah Abbas

Tambah Neelofa pula, mereka suami isteri lebih gemar sekiranya wajah anak-anak tidak terlalu menonjol.

“Saya lebih selesa tak tunjuk wajah Muhammad Bilal dan Abdullah Abbas, saya lebih suka begitu. Macam Muhammad Bilal, orang sudah tengok sebelum ini, tapi saya tetap ‘blur’ wajahnya jika mahu berkongsi di laman sosial,” katanya ringkas.

Dalam pada itu, Neelofa kini lebih gemar menghabiskan masa di rumah bersama anak-anaknya.

“Suami suka anak-anak menjamah makanan dibuat dengan air tangan sendiri di rumah. Jadi, saya elak beri makanan diproses. Saya buat sendiri di rumah, saya banyak rujuk resipi dan sebagainya.

“Saya suka memasak, tapi tidaklah memasak setiap hari. Tapi kini Alhamdulillah, ada sebab yang baik untuk bangun pagi, buat sarapan kerana anak-anak suka air tangan saya,” katanya.

Masih belum mahu bersara, nak luangkan masa dengan anak-anak

Jarang muncul di kaca televisyen, Neelofa menafikan hasrat mahu bersara. Sebaliknya, bekas hos Nona TV3 itu mahu banyak meluangkan masa dengan anak-anak.

“Saya pun ada cakap pada suami, saya mahu luangkan masa di rumah sebab ia adalah ‘dream job’ saya nak jadi suri rumah dan ibu sepenuh masa untuk anak-anak. Saya mahu fokus besarkan anak-anak.

“Tawaran kerja terakhir yang saya laksanakan adalah pada Ramadan lalu. Banyak tawaran kerja yang singgah tapi saya memilih untuk meluangkan masa dengan anak-anak.

“Bukan mahu bersara, tetapi biarlah sekali sekala muncul di kaca televisyen kerana saya mahu habiskan waktu bersama anak-anak dan mahu melihat mereka membesar,” katanya lagi.

Neelofa dan Haris mendirikan mahligai perkahwinan pada 27 Mac 2021 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Muhammad Bilal, 2, dan Abdullah Abbas, 1.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 17 Jan 2024
Hiburan Wed, 28 Jun 2023

Gabungan Pemuzik Dari 3 Negara! Nusafest Kembali 8 & 9 Julai Ini

Setelah berhadapan pelbagai cabaran dan penundaan, Shiraz Projects Sdn Bhd kembali dan dengan bangganya membawakan kembali kepada khalayak sebuah festival yang menggabungkan tiga negara; Malaysia, Indonesia dan Singapura dalam satu lokasi dan kemeriahan pada 8 […]

Featured Mon, 3 Oct 2022

Gandingan Mantap Dengan Naim Daniel Dalam Lagu ‘Mungkin Ini Adalah Lagu Yang Paling Sedih Pernah Ku Buat’ Tonjolkan Tone Vokal Sebenar Dolla

Siapa dah dengar lagu baru Naim Daniel x Dolla? Sesekali dengar lagu Ballad dari Dolla best kann 🤩

Trending Tue, 22 Feb 2022

Farahdhiya Pilih Rapper Korea Selatan

Penyanyi Farahdhiya atau nama sebenarnya Farahdhiya Mohd Amin, 38, mengambil keputusan untuk tampil dengan sesuatu yang berbeza apabila muncul dengan single terbaru berjudul Tewas. Lagu Tewas yang bergenre Electronic Dance Music (EDM) menggunakan tiga bahasa […]

Trending Fri, 2 Jul 2021

Peserta Vokal Mania Zareef Sein Kini Tampil Dengan Single Cinta Syurgaku

Muhammad Zareef Hussein Anwar Hussein atau nama pentasnya Zareef Sein merupakan pendatang baru dalam dunia seni suara tanah air. Penyanyi yang berasal dari Kuala Lumpur ini mula mengasah bakat nyanyiannya seawal usia 13 tahun dan […]

error: Content is protected !!