Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin November 26, 2025 @ 11:54am

Nidji X Bunkface Bergabung Gegarkan Nusa Fest 2025

Penganjur acara, Shiraz Projects, kembali ‘menggegarkan’ gelanggang muzik tempatan dengan penganjuran edisi terbaharu Nusa Fest 2025.

Menampilkan dua nama besar ini, pastinya pentas Megastar Arena kembali hangat bermula 21 Disember depan.

Berbeza dengan penganjuran besar-besaran Nusa Fest 2023 yang mengetengahkan puluhan artis, kali ini Shiraz Projects hanya mempertaruhkan dua kugiran hebat untuk menggalas misi mencipta malam paling epik sebelum tirai 2025 dilabuhkan.

Diterbangkan jauh dari Indonesia, Nidji bakal mengalunkan karya ikonik nya seperti, Cinta dan Sumpah Matiku, manakala Bunkface bakal mengamatkan malam itu nanti denga lagu popularnya, Malam Ini Kita Punya, sekali gus menjadikan kolaborasi sulung ini antara yang paling dinanti peminat dua negara.

Menurut Penerbit Eksekutif Shiraz Projects, Shirazdeen Karim, keputusan menampilkan dua kugiran sahaja dibuat bagi memberi fokus kepada pengalaman yang lebih kuat, rapat dan penuh energi.

“Kenapa Nidji x Bunkface? Kenapa tidak? Energi Nidji sentiasa luar biasa setiap kali mereka ke Malaysia. Peminat mereka tak pernah culas.

“Dan Bunkface pula siapa boleh persoal kredibiliti mereka? Karya mantap, persembahan sentiasa bertenaga. Gabungan dua kugiran ini bukan sekadar konsert, tetapi momen epik yang akan mengukir sejarah,” katanya.

Manakala, vokalis Bunkface iaitu Sam menyifatkan Nusa Fest Presents : Nidji x Bunkface sebagai bukti sinergi pemuzik Malaysia dan Indonesia yang tidak pernah putus.

“Ini bukan persembahan biasa. Ia momen bermakna untuk peminat kami. Sebab itu Bunkface setuju untuk berada dalam projek ini,” ujarnya.

Dalam pada itu, Yusuf Ubay selaku vokalis Nidji menyifatkan, dia teruja untuk kembali menutup tahun baru di Malaysia.

“Rasanya bukan macam datang ke negara orang, tapi macam balik rumah sendiri. Tahun ini kami buka dan tutup 2025 di Kuala Lumpur.

“Nusa Fest bukan sekadar konsert, tapi perayaan persahabatan dan kesatuan. Music unites people,” katanya.

Dengan kedua-dua band sudah ‘panas’ menantikan detik bertemu peminat, penyokong muzik rock alternatif seantero Malaysia dianggap melakukan ‘dosa besar’ jika terlepas peluang memiliki tiket.

Harga tiket:

  • Rockzone (Berdiri) – RM228
  • Gold (Berdiri) – RM148
  • Diamond (Duduk) – RM198
  • Platinum (Duduk) – RM168

Tiket boleh dibeli di www.ticketzu.com.my ATAU http://www.ticketzu.com.my

Nusa Fest Presents Nidji x Bunkface dengan menjanjikan malam penuh disko, adrenalin dan energi di Megastar Arena Kuala Lumpur, pada 21 Disember 2025.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 23 Jul 2018

求婚拿「戒指马克杯」 网怒:一秒分手

跟男友感情长跑了好一阵子吗?好像觉得可以步入红毯、组成家庭,就差一个求婚的信物与浪漫仪式,为了怕男友搞Kuso,快先警告他不准拿「戒指马克杯」求婚,否则你就会跟众多网友一样,拳头超硬想分手。

Hiburan Thu, 15 Sep 2022
Trending Thu, 25 Jun 2020
Trending Mon, 22 Oct 2018

Al- Fatihah…Chef Boe Sudah Tiada

Bagi penggemar hidangan barat Station 21 Sizzling Steak Bangsar, berita ini mungkin mengejutkan anda!

Featured Thu, 28 Apr 2022

Harga Tiket Konsert Mahal? Ini Penjelasan Aina Abdul

Penjelasan tentang harga konsert Aina Abdul yang dikata mahal.

Featured Mon, 5 Apr 2021

“Lebih Baik Terima Gaji Sedia Ada Daripada Jadi Penggangur” – M Saravanan

Berikutan isu gaji minimum graduan yang menjadi perbincangan hangat warganet, Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan berkata penetapan gaji minimum kepada graduan tertakluk kepada perbincangan antara majikan dengan bakal pekerja dan tidak melibatkan pendirian […]

Hiburan Fri, 13 Jul 2018

Pelakon kena kreatif! – Syukri Yahaya

Syukri Yahaya berpendapat pelakon mestilah bertindak kreatif dalam watak yang dilakonkan walaupun mempunyai skrip dan jalan cerita yang hampir sama…..

Hiburan Fri, 29 May 2026

Yusry Sebak Dengar Ucapan Lisa Surihani Dari Tanah Suci, Titip Doa & Kata-Kata Penuh Kasih

Lisa turut meluahkan rasa bangga terhadap pencapaian suaminya yang kembali mencuri perhatian menerusi hasil lakonan yang mendapat sambutan positif daripada penonton.

Trending Fri, 13 Dec 2019

Peguam Dengan Doktor Bergaduh ,12 Maut

12 individu termasuk pesakit kritikal dilaporkan terkorban dalam serangan

error: Content is protected !!