Euforia Bola 2026
TECH By: SGMS Putri July 6, 2018 @ 3:55pm

Nintendo Switch Retak Di Bawah Tekanan?

Peranti konsol dari Nintendo, Nintendo Switch merupakan satu kisah kejayaan bagi pembuat peranti dari Jepun itu kerana peranti tersebut berjaya mengembalikan reputasi mereka yang selama ini tenggelam dek kerana kebangkitan konsol permainan lain seperti Playstation dan X-Box.

Dengan Switch, Nintendo semakin menghampiri zaman kegemilangan mereka di mana sistem seperti SNES menjadi idaman setiap kanak-kanak yang hidup ketika itu. Nintendo Switch merupakan peranti gaming yang lebih kecil dan boleh dimainkan di mana-mana sahaja berbeza dengan sistem mereka lain seperti Wii yang memerlukan TV/monitor untuk dimainkan.

Namun bukan semua pujian diberikan untuk Nintendo Switch kerana beberapa pengguna mereka mendapati yang perantimereka mempunyai retakan kecil pada bahagian kerangka peranti mereka.

View image on TwitterView image on Twitter

Damien McFerran

✔@DamienMcFerran

 
 

Just noticed my Switch has multiple cracks along the top edge of the console; I don’t treat it harshly so I’m not sure where these have come from. Is this a weak point of the design?

 

Bebenang di Twitter tersebut terus menerus mendapat maklum balas dari pengguna lain yang mengakui perkara yang sama berlaku pada peranti mereka.

Apa yang menyebabkan keretakan tersebut?

Seorang pengguna berjaya mendapatkan unit yang baharu dalam proses warranti dan sebab yang diberikan mengapa terjadi keretakan tersebut adalah kerana isu haba dan pengembangan bateri yang terdapat di dalam peranti tersebut.

Saham Nintendo jatuh?

Mungkin berita ini kedengaran agak pelik kerana secara kebetulan, saham Nintendo Co. Ltd juga mengalami penurunan sebanyak 34% sejak bulan Mac 2018. Setakat ini, kira-kira sebanyak 14 juta unit Nintendo Switch terjual setakat awal tahun ini. Nintendo Switch juga merupakan peranti gaming paling cepat terjual untuk kebanyakkan pasaran di dunia.

Jadi mengapa saham Nintendo merudum? Dikatakan pelabur Nintendo tidak berpuas hati dengan penyampaian dilakukan oleh Nintendo semasa E3 2018. Bagi mereka, pengumuman senarai permainan untuk peranti tersebut adalah sedikit sehinggakan pihak Nintendo terpaksa mengeluarkan kenyataan rasmi mengatakan yang senarai yang diumumkan untuk tahun ini tidak lagi lengkap.

Sumber: Nintedolife, Forbes

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

TECH Mon, 22 Apr 2019

日本诗人建筑师竹山圣设计「科幻电影场景般」高科技灵骨塔

生前买不起房,勉强还能靠租屋过活,那么身后该怎么办呢 ?由日本建筑师竹山圣所设计的骨灰塔水晶殿,或许是个解决方式。

TECH Sat, 20 Oct 2018

Bagaimana Baca Mesej WhatsApp Dihapus oleh Pengirim pada Android

Dengan cara ini anda boleh melihat mesej WhatApps yang telah dihapuskan dengan begitu sahaja

TECH Thu, 5 Jul 2018

Palam Kuasa Pengecasan iPhone Dengan Sambungan USB Type-C Tertiris

Sebelum ini telah tular beberapa ura-ura berkenaan penggunaan sambungan USB Type-C pada model iPhone keluaran tahun ini. Ura-ura berkenaan semakin hampir untuk menjadi kenyataan apabila beberapa imej palam kuasa bagi perantiiPhone dengan sambungan USB Type-C telah tertiris. Kredit : Slashleaks & […]

TECH Thu, 1 Mar 2018

Virtual River & Oranges Built By Malaysians For All Couples

If you are planning to look for the perfect soulmate during Chap Goh Mei and want to save the hassle of going to the temple full of people, why not try out the new virtual orange picking app by Wowwwz?

TECH Sat, 27 Jul 2019
TECH Thu, 2 Jan 2020

5 Gimbal Terbaik Bagi Telefon Pintar 2019

Telefon pintar pada masa kini sudah menjadi semakin baik dalam menstabilkan video dengan adanya Optical Image Stabilization dan Electronic Image Stabilization. Namun ia masih tidak dapat mengalahkan kecekapan dan kawalan gimbal. Apabila anda memegang peranti sambil merakam video, pasti […]

TECH Tue, 21 Aug 2018

You Might Want to Get Familiar with Your Samsung’s Emergency Mode

It’s a good function to use in case of any emergencies.

TECH Sun, 8 Jul 2018

Cara Untuk Aktifkan Fungsi Rakaman Skrin Pada iPhone

iPhone menyediakan fungsi perakam skrin tanpa memerlukan anda muat turun apa-apa aplikasi daripada Appstore.

TECH Mon, 11 Nov 2019
TECH Wed, 13 Jun 2018

Cara Untuk Maksimumkan Prestasi iPhone Lama

Jika IPhone lama anda terasa semakin hari semakin perlahan,anda boleh cuba tips ini.

error: Content is protected !!