Euforia Bola 2026
Featured By: Halimey Zamal November 2, 2022 @ 9:58pm

“No! Kalau Pegang Saya Tumbuk” – Celoteh Comel Anak Aisyah Hijanah Undang Tawa

Tular sebuah video pempengaruh, Aisyah Hijanah yang sedang mengajar anaknya Khadeejah Hijanah untuk tidak membenarkan orang yang tidak kenal cuba mendekati dan menyentuhnya.

Telatah Khadeejah yang masih pelat berbicara menjadi bahan jenaka warganet di media sosial kerana sebutan si cilik itu masih tidak jelas.

@aisyahhijanahHaihhhh 🤦🏻‍♀️🤦🏻‍♀️🤦🏻‍♀️ Khadeejah Khadeejah♬ Monkeys Spinning Monkeys – Kevin MacLeod & Kevin The Monkey

Menerusi video berdurasi 33 saat yang dikongsikan di akaun TikTok Aisyah, Khadeejah seolah-olah cuba memahami apa yang cuba diajar oleh ibunya.

“Orang jahat nak pegang Khadeejah, jawab apa?” tanya Aisyah.

“No! Saya tumbuk. Jangan pegang.” jawab Khadeejah

Selain itu, warganet juga memuji cara Aisyah yang mendidik Khadeejah untuk berhati-hati apabila bertemu dengan orang yang tidak dikenali.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen teruja melihat kecerdikan Khadeejah yang memahami apa yang di ajar oleh ibunya dan ada juga yang memuji kecomelan wajah si cilik itu.

“Pandainya Khadeejah ni, masya-Allah. Semoga membesar menjadi seorang khalifah dan wanita yang berjaya. Geram je tengok dia kata terima kasih,” tulis seorang warganet.

Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telah menerima lebih 507,000 tontonan dan lebih 65,000 tanda suka.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 19 Sep 2025
Hiburan Fri, 24 Apr 2026

Nuha Bahrin Kembali Dengan ‘Malam-Malam’, Kolaborasi Istimewa Bersama Ezra Kong

Nuha Bahrin tampil dengan single terbaharu berjudul Malam-Malam, hasil kolaborasi bersama komposer terkenal Ezra Kong.

Hiburan Thu, 1 Jun 2023
Featured Mon, 20 Mar 2023
Featured Fri, 21 Oct 2022

[VIDEO] Personaliti Raih Pujian Ramai, Peminat Terharu Fazura Tak Kekok Layan Pesakit Kanser – “Boleh Jadi Menteri Kebajikan”

Siapa potong bawang ni? Mata min berair pula tengok Fazura layan pesakit kanser 🥺🥺 #lotsoflove

Hiburan Tue, 21 Aug 2018

Aliff Syukri Terima Teguran Wardina Tapi…

Aliff Syukri meminta agar semua pihak tidak memberi tekanan kepada isterinya kerana dikhuatiri mengundang masalah berat.

Trending Wed, 8 Apr 2020
Hiburan Fri, 2 Nov 2018

Selepas 15 Tahun, Amelia Henderson Kembali Hangatkan Kemuncak ASK 2018

Pelakon jelita ini berpeluang menyanyi di malam anugerah buat pertama kali!

error: Content is protected !!