Euforia Bola 2026
PEMBERITAHUAN: Dijangka berlaku fenomena gangguan solar bermula pada 20 hingga 27 September 2026 di beberapa kawasan | tertentu yang mengakibatkan gangguan terhadap penerimaan siaran MYTV. Jika anda mempunyai sebarang
pertanyaan, sila hubungi MYTV di 1300-80-6988.
Featured By: Salma Syahbuddin June 12, 2026 @ 2:00pm

Noor Nabila Dedah Ciri Lelaki Green Flag, Siap Kongsi ‘Relationship Advice’ – “Utamakan Diri Sendiri Baru Orang Lain”

Usahawan yang juga kakak kepada selebriti popular, Neelofa iaitu Noor Nabila berkongsi pandangannya mengenai ciri-ciri lelaki yang dianggap sebagai ‘green flag’ dalam sesebuah hubungan selain menitipkan beberapa nasihat dalam perhubungan terutamanya buat mereka yang sedang mengenali hati budi pasangan.

Menerusi perkongsian tular di TikTok, Noor Nabila berkata,  antara kriteria paling penting yang perlu ada pada seseorang pasangan adalah sikap terbuka untuk berbincang dan menyelesaikan masalah secara matang.

Katanya, individu yang mampu mengawal emosi dan masih bersedia untuk berbincang ketika berdepan konflik adalah petanda hubungan yang sihat.

“Green Flag dalam sesuatu hubungan ni adalah bila seseorang itu boleh dibawa berbincang. Dia marah, tapi kita still boleh berbincang dengan dia.

“Sebab bila ada masalah, macam mana nak selesaikan. Kalau orang yang redflag, kita tak boleh bawa berbincang. Penat. Saya suka orang yang boleh berbincang,” katanya.

Dalam masa sama, Noor Nabila turut berkongsi beberapa nasihat kepada pasangan yang sedang menjalinkan hubungan agar tidak terlalu terbuka berkongsi hal peribadi dengan orang lain.

Tegasnya, sikap terlalu berkongsi akan membuka ruang kepada orang lain untuk membuat penilaian tanpa benar-benar mengenali diri seseorang.

“Untuk relationship advice pula, kalau kenal orang kita jangan overshared. Itu nombor satu. Sesetengah orang dia akan dengar dan judge. But most of the people, mereka akan dengar dan judge.

“Jadi bila dia judge, secara tak langsung dia dah menghakimi awak tanpa dia mengenali awak betul-betul. Jadi adalah tidak adil untuk awak.

“Nombor dua, jangan cepat percaya. Contoh, kalau dia cakap, awak terus cepat percaya. It’s just that, awak boleh dengar tapi jangalah seratus peratus percaya dengan apa yang dia perkatakan.

“Nombor tiga, jangan give everything. Itu cliche, tapi sebenarnya tak boleh ada mentaliti seperti itu. keutamaan harus diberikan kepada diri sendiri terlebih dahulu. Bukan selfish, tapi untuk awak berfikir, sama ada perkara itu bagus untuk diri sendiri termasuk mental dan fizikal atau sebaliknya. Tak bagus jangan buat,” ujarnya.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 4 Mar 2021
Hiburan Tue, 4 Jun 2019
Featured Tue, 27 Aug 2024

Fatin Afeefa Mahu Anak Jadi Penghafaz Al-Quran, Larang Terlibat Dalam Industri Seni – “Anak Saya, Suka Hati Saya Lah”

Alhamdulillah, kadanga-kadang mak-mak ni kena bertegas juga dengan anak-anak. Lebih lagi sekarang ni dah akhir zaman👏👏👏

Hiburan Thu, 31 May 2018

Jangan Bimbang Keadaan Saya

Kali terakhir kelibat Melania dilihat dalam khalayak ramai, ialah pada 10 Mei lalu, ketika beliau menemani suaminya, Presiden Donald Trump untuk menyambut kepulangan tiga warga Amerika Syarikat yang ditahan di Korea Utara, di pangkalan tentera udara Andrews di Maryland.

Hiburan Fri, 6 Apr 2018

Uqasha Kekwat Atau Mangsa Keadaan?

Baguslah Uqasha, dia nampak semakin matang dalam menangani isu atau kontroversi yang timbul. Dia juga tidak melatah walaupun dikecam netizen dan kelihatan tenang sahaja. Mungkin betul kata orang, pengalaman mendewasakan seseorang. Keep it up Uqasha!

Hiburan Mon, 25 Mar 2024
error: Content is protected !!