Euforia Bola 2026
Featured By: Dhia Iwana May 24, 2024 @ 4:08pm

Nyatakan Pendirian Sokong P*lestin… Meerqeen Beri Sumbangan, Namun Enggan Hebahkan – “Buat Apa Saya Nak Menunjuk?”

Biarpun namanya tersenarai dalam Gerakan Blockout 2024 atas dakwaan bekerjasama dengan jenama pro-Israel, pelakon Meerqeen tampil menegaskan pendirian tetapnya menyokong Palestin.

Meerqeen atau nama sebenarnya Muhammad Shameer Shauqeen Saiful Izam, 23, menjelaskan dia mengambil maklum mengenai perkembangan situasi getir yang berlaku kepada saudara Islam di sana.

Tidak pernah mengabaikan situasi getir yang menimpa penduduk Palestin, Meerqeen membuat sumbangan kepada mereka namun tiada keperluan untuk menguar-uarkan kepada umum.

“Mungkin siapa yang tak mengikuti saya, mereka tidak tahu perkembangan yang saya buat selama ini. Saya menyokong Palestin sepenuhnya dan ada memberi sumbangan kepada mereka. Tapi buat apa saya nak tunjuk perkara itu kepada umum?

“My followers tahu pegangan saya, kita semua bersatu hati menyokong Palestin. Sejak 2022 saya bersuara mengenai isu Palestin dan selalu berkongsi di media sosial,” katanya.

Meerqeen ditemui XTRA ketika sidang media drama Cinta Untuk Sekali Lagi dan Bunga Salju yang diadakan di Zebra Square, Kuala Lumpur pada Khamis.

Dalam pada itu, menyedari kesulitan yang dihadapi saudara Islam di sana, Meerqeen turut menyeru orang ramai untuk menyumbang bagi meringankan beban yang dihadapi mereka.

“Nasihat saya for those yang ada duit lebih, sebaiknya kita sumbangkan sedikit kepada mereka di Palestin. Saya sendiri memang ada asingkan bahagian untuk mereka di sana. Sebenarnya saya tak mahu bercakap mengenai perkara ini kerana ia cukup antara saya dan keluarga.

“Saya fokus kepada kerja dan tak mahu ada perkara lain mengacau prestasi saya. Saya memilih untuk teruskan seperti biasa, saya tahu apa dibuat untuk saudara di sana,” jelasnya.

Dalam masa yang sama, ketika ditanya mengenai kontrak bersama jenama pro-Israel, pelakon drama Melur Untuk Firdaus itu bagaimanapun enggan memberi komen lanjut kerana perkara itu masih dalam perbincangan bersama pihak pengurusannya.

Sebelum ini, wujud Gerakan Blockout 2024 yang memboikot sesetengah selebriti tempatan yang didakwa masih menjalinkan kerjasama dengan produk zionis dan nama Meerqeen turut tersenarai dalam gerakan tersebut.

Rata-rata warganet mula menunjukkan tanda solidariti mereka dengan menyekat akaun media sosial selebriti kegemaran mereka.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 13 May 2025

Mengaku Bersalah Langgar Lari, Pemandu Nissan Navara Dipenjara 30 Hari & Denda RM12,000

Pemandu Nissan Navara langgar suami isteri didenda RM12,000

Hiburan Mon, 11 Sep 2023
Hiburan Mon, 21 Oct 2019

沸腾了!全场歌迷与Sean Kingston高唱《Beautiful Girls》

「流行小天王」Sean Kingston 现身大马舞台!纵使11点20分才出场,可是现场歌迷却是越夜越high,跟著Sean Kingston高声大唱大跳,现场气氛嗨翻天!

Trending Fri, 12 Jan 2018

Lakukan 22 Perkara Ini, Anda Akan Dapat Perlepasan Dari Membayar Cukai

Lakukan 22 Perkara Ini, Anda Akan Dapat Perlepasan Dari Membayar Cukai

Hiburan Fri, 28 Jun 2019
Featured Tue, 20 Sep 2022

Bapa Jadikan Dua Anak Hamba S*ks Sejak 7 Tahun Dipenjara 428 Tahun & 240 Sebatan

Fuhhh, hukuman setimpal dengan perbuatan keji bapa durjana 😡🤬🤬

Featured Mon, 18 Apr 2022
error: Content is protected !!