Categories: Oh Lawa

3 Bintang Antarabangsa Juga Dikenali Sebagai Tauke Perfumes!

Dengan pengaruh dan populariti yang dimiliki golongan selebriti, meneroka bidang perniagaan adalah peluang terbaik untuk memperkukuhkan pengaruh dan memperkasakan jenama mereka.

Namun begitu, berapa ramai yang bisa bertahan? Kebanyakannya menghadapi situasi sukar di mana jenama atau label yang dihasilkan mereka tidak mampu berdiri setanding produk semasa di pasaran. Kenapa? 

Salah satu alasannya, adalah kualiti produk yang dihasilkan mereka. 

Walau bagaimanapun berbeza dengan tiga bintang antarabangsa ini, kerana sejak mengusahakan wangian jenama sendiri, mereka bukan saja berjaya menakluk pasaran kecantikan dunia bahkan rekod jualannya juga amat membanggakan.

1. Jennifer Lopez- GLOW

Foto: Billboard

Glow adalah wangian pertama yang dilancarkan oleh Jennifer Lopez pada tahun 2002 dan wangian ini telah menjana lebih 100 juta dolar pada tahun pertama ia dilancarkan.

Kini jenama wangian JLo telah mempunyai 18 jenis haruman termasuk Glowing by JLO. Wangian GLOW menggunakan nota bau yang segar dan harum hasil daripada gabungan ekstrak gabungan melati dan kasturi (musk).

Foto: parfumo.de

2. Beyonce Knowles – Heat

Foto: Insider

Heat adalah wangian pertama daripada Beyonce dan ia mula berada di pasaran pada Februari 2020. Nama wangian ini dipilih daripada nama konsert jelajah dan persembahan Beyonce.

Warna botol dan cecair pula dipilih sempena warna kegemarannya iaitu merah selain daripada ia kelihatan seperti api dalam perhiasan antik.

Wangian Heat ini menggunakan nota seperti orkid-vanila merah, magnolia, neroli dan juga buah pic.

Selain itu, ia juga memiliki nota honeysuckle, badam dan krim musky. Nota asas untuk wangian ini pula adalah sequoia, kayu, tonka dan amber.

Foto: wilko.com

3. Rihanna – Crush

Foto: W Magazine

Daripada semua aroma wangian yang dikeluarkan oleh Rihanna, Crush adalah wangian dengan bau yang luar biasa.

Pada semburan pertama, ia akan mengeluarkan bau segar sitrus, namun setelah sekian lama dipakai, ia akan menghasilkan nota bau yang sedikit pedas kemudian, fruity dan akhir sekali ia akan menghasilkan bau hangat musky.

Foto: I Am Fabulicious

Sumber: Her Inspirasi

Yanie Baharom