Categories: Oh Lawa

5 tip penjagaan mutiara agar tetap kekal mewah!

Mutiara, sering ditafsirkan sebagai perhiasan atau aksesori wanita yang melambangkan prestij! 

Pada zaman nenek moyang kita dan era sebelumnya, hanya golongan bangsawan dan hartawan saja yang layak memperagakan kalung mutiara.

Bagaimanapun, zaman sudah berubah, mutiara tidak lagi mengenal status atau susur galur seseorang wanita kerana kebanyakannyan berkemampuan untuk memilikinya. 

Apa yang pasti, saat anda memperagakan mutiara, ia membangkitkan mood sofistikated, klasik dan elegan kepada si pemakai. 

Tidak perlu sarat dengan aksesori lain, cukup sekadar anting-anting dan rantai sudah cukup melengkapi penampilan anda.

Tetapi, tahukah anda terdapat dua jenis mutiara, iaitu mutiara air masin (salt water pearls) dan mutiara air tawar (fresh water pearls). 

Harga mutiara air masin lebih mahal dari air tawar kerana sukar untuk mendapatkannya berbanding mutiara air tawar. 

Mutiara air masin lebih berkilat berbanding air tawar. Cara paling mudah untuk mengetahui keaslian mutiara adalah dengan cara membakar mutiara itu, jika ia tidak cair bermakna mutiara itu adalah asli.

Di bawah ini, turut disertakan tip penjagaan mutiara agar kekal mewah! 

Foto: IELTS Online Tests

Cara menjaga aksesori mutiara:

Foto: We Heart It

1. Elakkan daripada terkena minyak wangi, sabun, krim badan mahupun bahan peluntur.

2. Elakkan mutiara daripada terkena peluh kerana ia boleh memberi tindak balas kimia terhadap warnanya.

3. Bersihkan mutiara  dengan kain lembut  setiap kali selepas memakainya.

4. Simpan di tempat yang kering dan elakkan menyimpan di tempat yang suhunya cepat lembap atau dalam tempat kedap seperti plastik kerana ia boleh memudarkan warnanya.

5. Elakkan daripada memakai aksesori mutiara ketika melakukan sebarang aktiviti lasak.

Yanie Baharom