Categories: familuv

4 tanda keradangan apendiks dalam kanak-kanak yang ibu bapa perlu tahu

Sehingga sekarang tiada siapa tahu apa fungsi sebenar apendiks kepada tubuh manusia.

Apendiks ialah organ berupa kantung yang terkeluar dari kolon dan terletak pada bahagian bawah abdomen kanan.

Walaupun kelihatan seperti tidak mempunyai sebarang fungsi, jika organ ini pecah, komplikasinya boleh membahayakan nyawa!

Appendisitis, atau keradangan apendiks, adalah satu masalah kesihatan yang mana apendiks seseorang itu membengkak dan dipenuhi nanah sehingga berpotensi untuk kantung berkenaan pecah.

Kesannya memang menyakitkan dan boleh memudaratkan sebab itu harus dirawat dengan segera menerusi pembedahan.

Appendisitis tidak mengenal mangsa, tetapi selalunya berlaku kepada kanak-kanak dan golongan muda yang berumur antara 10 dan 20 tahun.

Sebagai ibu bapa, anda perlu mengetahui tanda-tanda masalah ini supaya anda sendiri tahu jika si kecil mengalaminya.

Foto: Thinkstock

Tanda-tanda:

  • Gejala utama ialah rasa sakit pada bahagian pusat dan dalam masa beberapa jam, ia akan bergerak ke bahagian kanan badan.
  • Batuk, menekan pada bahagian sakit atau berjalan akan membuatkan kesakitan lebih teruk.
  • Suhu badan anak anda juga mungkin tinggi dan dia akan jatuh sakit.
  • Ada potensi untuk anak anda berasa sakit apabila membuang air kecil, dan kemungkinan juga mengalami sembelit.

Jika kesakitan yang anak anda rasa bertambah teruk, cepat-cepat bawa ke hospital.

Foto: Samitivej Hospital

Cara appendisitis didiagnos:

Lazimnya doktor di bahagian kecemasan akan membuat beberapa ujian darah dan air kencing untuk mengenal pasti punca kesakitan berkenaan.

Jika keputusan belum diperoleh, doktor juga mungkin akan membuang sahaja apendiks itu. Hal ini kerana ia lebih selamat daripada membiarkannya sahaja, bimbang jika pecah suatu hari nanti.

Foto: Getty

Selepas pembedahan

Teknik membuang apendiks dipanggil apendisektomi yang mana doktor akan membuat lubang pada bahagian perut mangsa dan mengeluarkan organ itu.

Jika anak anda baru sahaja melalui pembedahan ini, ada beberapa tanda yang anda perlu perhatikan, seperti berikut:

  • Muntah berkali-kali
  • Suhu badan tinggi
  • Cecair keluar pada luka pembedahan
  • Rasa sakit dan bengkak yang lebih teruk
  • Luka rasa terlalu panas untuk disentuh

Jika anak anda mengalami mana-mana gejala ini, dapatkan nasihat doktor dengan segera kerana anak anda mungkin terkena jangkitan kuman.

Sumber: Mirror.co.uk, Columbia Asia

Ad Ops