Categories: HiburanSelebriti

Kagum Dengan Mira Filzah, Berani Terjun Setinggi 15,000 Kaki

Bukan semua wanita cantik dengan gaya lemah lembut berani mengambil risiko dengan membuat terjunan udara atau skydiving setinggi 15,000 kaki bukan?

Namun, bagi pelakon manis Mira Filzah, membuat terjunan skydiving ini adalah pengalaman yang pastinya tidak dapat dilupakan. Dan, ianya jelas sekali kelihatan apabila video berdurasi satu minit itu menunjukkan Mira begitu gembira dengan terjunan yang dilakukan oleh beliau.

Dan, rata-rata peminat serta rakan artis turut berasa kagum dengan semangat yang ditunjukkan oleh Mira.
Wah! bukan main lagi Mira kan? Walaupun badan kecik tapi semangat tu yang penting okay! Kalau korang nak tengok gambar-gambar Mira bolehlah jenguk instagram beliau.
Salma Syahbuddin