Categories: Oh Lawa

5 tutorial tudung paling cepat dan mudah, yang penting semuanya cantik dan stailo!

Solekan dah cantik, tetapi tudung ‘huru-hara’, memang merosakkan penampilan! Faktor ini mungkin disebabkan seseorang itu kesuntukan masa kerana terlalu lama untuk bersolek sehingga tidak sempat fokus untuk penggayaan tudung gara-gara perlu mengejar waktu.

Sudahnya, tidak sempat menyiapkan diri sepenuhnya untuk tampil cantik dan bergaya. Jangan risau, Hijab & Heels berkongsi tutorial gaya minimalis selendang yang sangat mudah dan cepat untuk anda ikuti.

Tutorial yang dikongsi pemilik jenama tudung Adara iaitu Nana ini menampilkan teknik yang ringkas tanpa lilitan yang sukar. Jom tonton video di bawah!

Mudah saja tutorial yang ditunjuk! Semoga perkongsian video ini dapat memberi idea kepada anda untuk mencuba gaya baharu yang lebih bergaya dan stailo.

Ad Ops