Penyanyi kelahiran Brunei, Aziz Harun mengaku dia mula selesa tinggal di Kuala Lumpur meskipun terpaksa berjauhan dengan keluarga.

Kata penyanyi popular dengan lagu Senyum ini, dia tidak kekok tinggal bersendiri memandangkan masih mengikut pengajian ijazah dalam bidang perniagaan ekonomi di salah sebuah kolej swasta.

“Saya mengaku seorang yang penakut tinggal seorang. Mujur keluarga sering ulang alik dari Brunei ke sini.

“Lebih-lebih lagi bab cerita hantu, memang saya tidak layan langsung. Tinggal sendiri kan,” katanya yang menetap di Kuala Lumpur sejak November 2017.

Aziz yang kini menyambung pengajian di Brickfields Asia College juga bersyukur jadual seni dan pengajian berjalan baik sejak tinggal di Kuala Lumpur.

Dalam perkembangan lain, Aziz bakal menyertai program Big Stage 2 yang bakal bermula 18 Ogos ini.

“Saya percaya program ini dijadikan platform terbaik untuk saya belajar banyak benda baharu mengenai dunia nyanyian,” akhiri lelaki berusia 21 tahun ini.

SGMS Fas