Categories: Oh LawaSemarak

6 Bahan Yang Boleh Merawat Bibir Kering Selain ‘Lip Balm’

Bila kita kekurangan air di bulan puasa ini, biasalah, bibir kita mesti kekeringan sampai menggelupas.

Perkara yang anda automatik akan buat ialah menjilat bibir. Jangan, jangan, jangan!

Kononnya tindakan ini akan memberi kelembapan. Memang ya, tapi tahukah anda? Pada masa yang sama air liur anda akan memedihkan lagi bibir anda dan mengeruhkan lagi keadaan.

Tindakan menjilat bibir yang kerap juga akan menghilangkan minyak semulajadi yang melindungi bibir anda dan memerangkap kelembapannya. Jadi ingat, ya!

Bila bibir anda dah menggelupas, jangan pula anda mengupilnya. Sakit! Lembutkan dulu dengan minyak kelapa atau badam dan biarkan ia jatuh dengan sendiri.

Dan kalau boleh, jangan bernafas melalui mulut. Nanti lagi kering pula bibir anda apabila udara kerap dihembus ke arahnya.

Satu lagi perkara anda mesti elak ialah memakan makanan yang berasid, pedas atau masin. Ia akan menyakitkan lagi condition bibir anda.

Cara terbaik untuk merawat bibir kering ialah dengan menggunakan lip balm. Tapi jika anda tak ada alat itu, jangan risau. Ada banyak alat lain yang anda boleh guna.

1. Jeli petroleum dan beeswax

Ini adalah alternatif terdekat kepada lip balm. Bahan-bahan ini akan memberi kelembapan dan merawat kulit bibir anda yang luka.

2. Timun

Foto: Creative Commons

Letakkan atau gosokkan sekeping timun ke atas bibir anda selama 5 minit. Kandungan vitamin B5 di dalam timun akan membantu mengurangkan inflamasi serta melembutkan kulit.

3. Minyak badam atau kelapa

Kedua-duanya membuatkan kulit bibir anda kekal lembap. Ia juga mempunyai ciri-ciri yang dapat mengurangkan pedih serta melindungi kulit anda daripada terkena jangkitan. Minyak lain yang boleh juga digunakan adalah minyak zaitun, jojoba, canola serta mustard.

4. Cocoa atau shea butter

Bahan ini akan memerangkap kelembapan dan melindungi bibir anda. Ia juga mengandungi antioksida yang mengelakkan kerosakan daripada berlaku ke atas bibir anda.

5. Susu

Foto: Creative Commons

Letakkan beberapa titik susu krim ke atas bibir anda. Kandungan lemaknya sangat melembapkan tapi ia taklah mempunyai ciri-ciri merawat seperti minyak dan butter. Kalau anda tak ada bahan-bahan itu, susu pun jadilah. Biarkannya selama 10 minit dan cuci dengan air putih.

6. Aloe vera

Tak kisahlah anda beli di kedai ke, ataupun ambil daun dari pokok. Asalkan anda dapatkan gel asli tumbuhan ini. Aloe vera boleh merawat kulit luka, tapi sesetengah doktor berpendapat ia boleh menyakitkan lagi bibir yang terlalu kering. Jadi hati-hati ya.

Itu dia senarai bahan-bahan yang anda boleh guna untuk merawat bibir kering, selain lip balm. Cara-cara mengelakkannya pula ialah dengan mengekalkan kelembapan di tempat anda berada (gunakan humidifier), serta meminum banyak air.

Sumber: Wikihow

Ad Ops