Categories: Eat TravelSemarak

Pengat Labu Manis Ini Menu Wajib Yang Perlu Ada Untuk Berbuka Puasa

Kalau anda nak tahu buah labu mempunyai banyak khasiat untuk kesihatan kita. Buah ini mengandungi nutrisi seperti vitamin A, B, C, kalsium, karbohidrat, serat, potasium dan protein. Labu juga antara buah yang rendah lemak, rendah kalori tapi kaya dengan serat.

Kalau anda nak nutrisi daripada buah labu ini, apa kata anda jadikan buah ini sebagai pencuci mulut ketika waktu berbuka puasa.

Biasanya, hidangan labu masak lemak antara yang popular dimasak oleh para ibu. Kali ini penulis nak kongsikan pula resepi pengat labu manis. Jom kita tengok cara nak buat pengat labu manis yang sangat sedap ini.

Bahan-bahannya:

1/4 biji labu manis

1/2 cawan sagu mata ikan

2 cawan santan

1 cawan air

Sehelai daun pandan

1/2 sudu kecil garam

1/2 ketul gula melaka

1/2 cawan gula

Cara-caranya:

1. Cincang halus gula melaka dan ketepikan.

2. Panaskan periuk dan masukkan air, garam, daun pandan, gula melaka. Kacau sehingga mendidih.

3. Kemudian, masukkan labu, santan dan sagu mata ikan. Didihkan dengan api yang sederhana kecil sehingga labu empuk dan kacau selalu.

4. Sedia untuk dihidangkan.

Mudah sahaja. Kalau anda suka sejuk, anda boleh simpan pengat labu ini ke dalam peti sejuk. Memang sedap!

Selamat mencuba!

Sumber: ICookAsia

tex_admin