Categories: Oh Lawa

7 Tip Pilih Kaca Mata Hitam Supaya Nampak Gorgeous!

Hujung minggu ini ada public holiday sempena sambutan Tahun Baru Cina. Pasti ramai yang ambil kesempatan untuk bercuti. Bagi yang mencari-cari kaca mata baru untuk digayakan ketika bercuti nanti, semak tip berikut.

Tip untuk nampak gorgeous ini dikongsi oleh Optometris dan juga pemilik The Eye Shop Optometry, yang terletak di Bandar Baru Bangi, Fair Sulaiman. Menurut Fair, bentuk wajah paling utama untuk memilih kaca mata. Selain itu warna kulit, gaya hidup dan mood yang ingin dicipta.

1) Bentuk wajah bujur boleh menggayakan hampir semua bentuk kaca mata. Bagi wanita yang ingin tampil sofistikated boleh mencuba potongan cat eye. Sementara lelaki yang inginkan kelainan boleh mencuba kaca mata berbentuk bulat untuk kelihatan lebih bold & unique.

https://www.coastal.com

2) Bagi mereka yang mempunyai bentuk wajah bulat boleh mencuba sesuatu yang lebih bersegi bagi memberi kontra pada bentuk wajah. Kaca mata berbentuk horizontal boleh menghasilkan efek wajah yang lebih kurus dan panjang.

https://www.coastal.com

3) Bagi wanita yang mempunyai wajah berbentuk hati, boleh mencuba kaca mata berpotongan cat eye bagi melembutkan raut wajah. Manakala untuk lelaki, pilihan yang paling tepat adalah kaca mata berbentuk bulat. Butterfly shaped atau bentuk rama-rama yang kian popular juga amat sesuai untuk lelaki dan wanita yang mempunyai wajah berbentuk hati.

https://www.coastal.com

4) Bagi mereka yang mempunyai bentuk wajah petak atau bersegi, amat sesuai memakai kaca mata yang boleh mencipta kontra pada wajah. Boleh cuba kaca mata berbentuk bulat bagi melembutkan wajah & kacamata berbentuk bujur bagi menghasilkan ilusi wajah yang lebih panjang.

https://www.coastal.com

5) Bagi yang berkulit cerah atau kuning langsat, boleh pilih bingkai kaca mata dalam warna apa sekalipun. Tapi elakkan warna yang hampir sama dengan warna kulit. Nanti nampak pucat!

6) Mereka yang berkulit sawo matang, warna bingkai yang paling sesuai ialah warna-warna hangat seperti jingga, hijau dan merah jambu!

7) Warna-warna metalik sangat sesuai untuk mereka yang berkulit gelap yang inginkan kelainan. Selain itu, warna yang paling sesuai untuk kulit gelap ialah merah hati (maroon) dan biru gelap.

Sumber: Aplikasi Wanita

Muat turun secara percuma di:

Google Play – http://bit.ly/WanitaAndroid

AppStore – http://bit.ly/WanitaApple

Ad Ops