Categories: Featured

Tak Tahu Beza Kiri & Kanan, Aliff Syukri Kongsi Cabaran Hidap Disleksia

Siapa sangka, di sebalik kejayaan membina empayar perniagaan dan bergelar jutawan muda, rupanya pemilik nama Dato’ Sri Aliff Syukri Kamarzaman ini merupakan penghidap disleksia.

Bagi yang tidak tahu, disleksia bukanlah satu penyakit, namun ia merupakan sejenis gangguan dalam pembelajaran yang membuatkan seseorang itu tidak mahir membaca, mengira, menulis dan mengeja.

Disleksia Turut Diwarisi Anak

Menurut lelaki yang popular dengan panggilan Abang Terlajak Laris ini, dia hanya mula menyedari menghidap sindrom disleksia ketika umurnya 20-an apabila tidak tahu membezakan kiri dan kanan, lambat membaca serta memahami sesuatu perkara.

“Saya ada berjumpa dengan doktor, namun masalah ini sukar diubati apabila kita sudah tua. Anak sulung saya turut mewarisi disleksia, jadi saya menghantarnya ke sekolah khas untuk disleksia.”

Jangan Fikir Anak Itu Bodoh…

Sebagai penghidap disleksia, Dato’ Sri Aliff Syukri berkongsi dia sering menghadapi masalah seperti fikir terbalik, pelupa, tidak mahir membaca Al-Quran dan juga menguasai Bahasa Inggeris.

Namun, dia bersyukur kerana mempunyai isteri, keluarga serta orang sekeliling yang banyak membantu serta menyokongnya.

Pengasas kosmetik D’herbs ini turut menasihati ibu bapa yang mempunyai anak yang lemah dalam pembelajaran agar tidak fikir anak itu bodoh. Mereka perlu mengesan bakat dan kebolehan yang ada pada anak itu dan sentiasa memberi sokongan kepada mereka.

Sumber: Aplikasi Wanita

 

Ad Ops