Categories: Oh Lawa

Nak Stailo Tapi Sibuk, Baca Tips Fesyen Nadia Annuar

Tugas sebagai pengacara memerlukan Nadia Shahrul Annuar sentiasa tampil menarik di khalayak umum.

Justeru, pengacara CJ Wow Shop ini sangat menitikberatkan soal penampilan diri dan fesyen yang digayakannya.

Ikuti tip fesyen daripada wanita berusia 33 tahun ini.

1. Status sebagai ibu dan isteri tidak pernah menghalang Nadia daripada berfesyen. Nadia akui dia gemarkan gaya yang kasual, chic, trendy dan moden.

2. Memiliki bentuk badan yang kurus, Nadia akan pastikan dia memilih rekaan yang sesuai dengan bentuk tubuhnya.

3. Penggemar warna hitam dan pastel ini mengakui tidak gemar dengan fesyen yang bercorak dan lebih banyak bermain dengan warna.

4. Wanita yang memiliki kulit putih gebu ini turut berkongsi sangat penting untuk seseorang itu memilih warna yang sesuai dengan tona kulit badan agar penampilan tidak nampak kusam.

5. Bekas pengacara Malaysia Hari Ini akui memiliki komitmen yang tinggi memerlukan dia sentiasa dalam keadaan bersedia. Justeru, dia akan pastikan fesyen yang digayakan selesa dan senang bergerak.

6. Nadia turut memberi tip buat mereka yang berbadan gempal agar tidak memakai pakaian yang ketat kerana ia akan menampakkan mereka lagi besar.

Sumber: Aplikasi Wanita

Muat turun secara percuma di:

Google Play – http://bit.ly/WanitaAndroid

AppStore – http://bit.ly/WanitaApple

Ad Ops