Categories: TECHTech News

AWAS! BILA ‘CEDUK’ DARI INSTAGRAM!

Sekiranya korang suka sangat ‘ceduk’ atau mengambil bahan mahu pun gambar melalui Instagram daripada orang lain bagi tujuan tertentu…berita terbaharu ini sudah tentu menghampakan kalian.

Tak lama lagi, platform perkongsian gambar popular Instagram  akan memperkenalkan ciri baharu dalam aplikasi utama mereka.

Ciri berkenaan memberi notifikasi sekiranya ada bahan di screenshot oleh orang lain daripada Instagram korang.

Melalui aplikasi terbaharu itu, untuk melihat siapa yang screenshot bahan, profil mereka akan ditanda dengan symbol berbentuk ‘bulat’ pada sebelah gambar…so mudah nak dikesan.

Fungsi ini pernah menjadi bualan netizen  pada bulan Januari lalu malah  menurut laporan wiser.my, beberapa pengguna sekarang sudah mula menerima  kemaskini pemberitahun aplikasi tersebut. Sesiapa yang sudah update bermakna setiap screenshot yang dibuat dapat dilihat oleh pengguna asal.

Jadi hati-hati uolls… jangan main screenshot sahaja hak orang tanpa kebenaran atau pun sekurang-kurangnya memberi kredit pada sumber…. lebih selamat tak gitu?

Teknologi semakin maju jadi beringat dahulu sebelum ikut nafsu ….  jangan sesuka hati ‘ceduk’ hak orang dan anggap asalnya daripada diri sendiri  ya!

SGMS Fas