Categories: Oh Lawa

Anda Pasti Anda Sebut Jenama Antarabangsa Seperti Givenchy, Louis Vuitton & Yves Saint Laurent Dengan Betul?

Orang lain mesti akan cemburu jika anda memakai barangan fesyen berjenama antarabangsa. Tak apa, anda memang berhak untuk “eksyen” lebih-lebih lagi kalau anda dah penat-penat kumpul duit untuk beli.

Foto: womenitems.com

Tapi malulah kalau anda pandai tayang saja tapi tak pandai sebut nama jenama barangan yang anda peragakan! Yalah, brand Eropah kan pelik-pelik bunyinya?

Jadi, sebelum anda malu, jom tengok betul ke tak sebutan anda untuk 12 jenama-jenama antarabangsa ini selama ini. Dan kalau salah, bolehlah betulkan sebelum terlambat!

1. Hermès

Salah: Herms / Her-mez

Betul: Egh-mez

2. Christian Louboutin

Salah: Chris-tien Loo-boo-tin

Betul: Kreest-yan Loo-boo-tahn

3. Zara

Salah: Za-ra

Betul: Dza-da

4. Yves Saint Laurent

Salah: Ivs-sein-loren

Betul: Eev-sang-loh-ghong

5. Versace

Salah: Vehr-sah-chay

Betul: Vehr-sah-chi

6. Louis Vuitton

Salah: Lu-ee-vu-ton

Betul: Lu-ee-vwi-tong

7. Uniqlo

Salah: Yu-nick-low

Betul: Yu-ni-klo

8. Givenchy

Salah: Ji-ven-chi

Betul: Zhi-vong-shi

9. Longchamp

Salah: Long-chem

Betul: Long-shomp

10. Cartier

Salah: Kar-ti-yer

Betul: Kagh-ti-ey

11. Chanel

Salah: Cheh-nel

Betul: Sher-nell

12. Comme Des Garcons

Salah: Kom-des-gar-konz

Betul: Kohm-dei-gar-sohn

Jadi, betul ke semua sebutan anda? Yang mana paling susah nak sebut? Bagi penulis, sebutan yang paling tak disangka adalah Zara.

Ad Ops