Categories: Oh Lawa

Authentic Gaya Peranakan Melatari Rekaan Tahun Baru Cina Innai Red. Love Semuanya!

Innai Red mempertaruhkan ilham anggun ini dalam koleksi debut sempena Tahun Baru Cina 2019 dalam paparan eksklusif kepada tetamu terpilih baru-baru ini.

Setiap helaian yang dihasilkan membuatkan kamu mahu memiliki kesemuanya kerana ia bukan saja boleh digayakan pada Tahun Baru Cina tetapi majlis tertentu dengan mengolah idea suai padan bersesuaian majlis ingin anda hadiri.

Foto: Instagram Innaired

Sebagaimana foto yang dapat dilihat, koleksi ini memenuhi rutin harian di jalanan kolonial yang menghembuskan aestetik dan pengaruh Peranakan yang padu. Terserlah citarasa authentic!

Perkahwinan antara Timur dan Barat turut diketengahkan dalam potongan dan corak yang diadun kemas menerusi perincian dan hiasan pada koleksi ini.

Foto: Instagram Innaired

Terdapat 14 rekaan cheongsam dan qipao moden, diinterpretasikan menerusi hasil tangan Innai Red ini. Signature seperti ropol, jahitan manik, kain organza jarang dan perincian peplum yang begitu sinonim dengan jenama ini dikekalkan.

Setiap helaian direka dengan labuh berbeza pada lengan dan bajunya untuk menawarkan versatiliti pada gaya dan praktikaliti. Ia turut dilengkapi dengan butang Cina yang dijahit tangan untuk meraikan tradisi lama dalam cara cukup glamor.

Foto: Instagram Innaired

Pilihan fabrik pastinya seiring cantik dengan rekaan. Penggunaan broked, taffeta, sutera charmeuse, organza, renda Perancis juga tulle siap sulam digunakan untuk sama ada keseluruhan busana atau dijadikan perincian pada helaian lain, menjadikan penampilan keraian paling meriah di Malaysia ini semakin segar.

Warna ditawarkan menerusi koleksi ini hadir dalam pastel ke rona terang; daripada merah cili ke ketenangan biru langit.

Foto: Instagram Innaired

Pastinya, tawaran pelbagai warna ini membolehkan sang pemakainya bukan saja mewakili personaliti dan gaya malah memenuhi kehendak pilihan warna terutama bagi acara bertema, atau jika keluarga mahu mengenakan skim warna tertentu bila berkumpul nanti.

Bagi sesiapa yang mahu menempahnya, Innai Red bagi Tahun Baru Cina 2019 dijual pada harga antara RM2,500 sehingga RM3,200. Tempahan awal boleh dibuat sehingga 15 Januari ini.

Foto: Instagram Innaired

Yanie Baharom