Categories: Oh Lawa

Choose The Right Wedding Dress For Your Body, Barulah Perfecto!

Mana mungkin ada wanita yang bakal bergelar raja sehari enggan kelihatan anggun dan stunning pada bahagianya.

Kalau boleh… tak nak sesiapapun overshadow lebih-lebih lagi bridesmaid!

Selain menetapkan jurusolek yang bakal merias wajahmu (disarankan untuk mencuba sentuhannya terlebih dulu), pemilihan dandanan rambut yang tidak keterlaluan atau sebaiknya minimalis, perkara paling utama sekali adalah busana pengantin yang membaluti tubuhmu haruslah bersesuaian bentuk badan.

Busana sepadan potongan badan semestinya memberikan compliment kepada penampilanmu kelak. Bahkan bagi mereka yang bertubuh gempal tidak perlu berasa risau untuk memilih warna putih atau rona-rona lembut kalau sudah rekaannya perfect untuk bentuk badanmu itu.

Opps! sebelum terlupa pemilihan fabrik juga memainkan peranan yang penting tau!

Bercakap mengenai bentuk badan, terdapat enam jenis kesemuanya iaitu triangle, rectangle, inverted triangle, hourglass, round dan diamond.

Jom kita lihat, potongan busana seperti apakah yang sesuai dengan kamu.

1. Inverted triangle

Bentuk tubuh yang juga dikenali sebagai ‘pear’ ini, mempunyai ciri potongan lebih besar di bahagian atas dan kecil daripada pinggul.

Dress yang sesuai adalah potongan gaun besar di bahagian bawah pinggang atau ‘ball skirt gown’ bagi mengimbangi bentuk tubuh. Elakkan memakai gaun yang ketat kerana ia akan mencacatkan keseluruhan penampilan.

Foto: yandex.ru

2. Hourglass

Bentuk tubuh yang memiliki keseimbangan dari atas kepala hingga kaki. Bentuk tubuh seperti ini sememangnya menjadi pilihan ramai wanita.

Untuk bentuk tubuh seperti ini, kesemua jenis potongan gaun sesuai untuk tubuh ini. Samada gaun kembang, potongan gaun sendat ataupun dress ketat berlengan panjang. Sudah tentu menyerikan tubuh si pengantin!

Foto: Morilee

3. Diamond

Memiliki bentuk tubuh yang besar pada bahagian atas dan pinggul tetapi tidak mempunyai garis pinggang yang jelas.

Boleh cuba gaun yang dapat menampakkan pinggang dengan potongan sendat pada pinggang. Elakkan gaun yang ‘scoopneck’ dan potongan lurus.

Foto: invitationsjdi

4. Triangle

Bentuk tubuh lebih kecil di bahagian atas berbanding di bahagian bawah.

Gaun yang tepat adalah potongan ‘halter neck’ dengan tali kecil dan penuh atau gaun semi-full ball. Jangan sesekali memilih gaun yang ketat pada bahagian pinggul atau berbentuk lurus.

Foto: OneWed

5. Round

Bentuk tubuh yang sinonim dengan wanita berbadan gempal ini, biasanya mengalami sedikit kesukaran mencari busana perkahwinan yang sesuai dengan diri mereka.

So, pilih busana ringkas dengan perincian yang sederhana dan tertumpu pada satu bahagian saja. Contohnya jika anda sukakan flare gown, pastikan ia helaian beralun itu berada di satu sisi saja.

Bagi menampakkan ilusi pinggang yang kecil, minta pereka pakaian anda membuatkan tali pinggang.

Foto: matrimonio

6. Rectangle

Kategori jenis tubuh ini, biasanya menggambarkan seseorang yang terlalu kurus di mana bahu dan pinggulnya berada di garisan yang sama.

Gayakan busana yang mempunyai perincian tali pinggang atau korset untuk mencipta garisan pinggang yang nyata serta berbentuk.

Perincian yang sarat di bahagian pinggul dan dada boleh memberi ilusi kelebaran di kedua-dua area yang disebutkan. Busana perkahwinan kembang dengan kolar berbentuk V juga paling sesuai untuk mereka.

Foto: redchinesedress

Sumber: Her Inspirasi

Yanie Baharom