Categories: Eat TravelFeatured

Ini Cara Nak Goreng ‘Telur Sarang’ Sama Seperti Di Kedai Makan

Tiap kali membuat pesanan di kedai makan, menu yang menjadi pilihan pastinya telur dadar dan telur mata kerbau kan? Yela, telur memang enak dimakan dengan apa jua hidangan selain ianya mudah untuk dimasak.

Tapi, tahukah anda bahawa ‘telur sarang’ antara tarikan terbaharu? Cara membuat telur sarang ini sama seperti telur dadar mahupun telur mata iaitu dengan menggorengnya. Tapi, anda perlu tahu teknik yang betul untuk menghasilkan ‘sarang’ pada telur tersebut.

Dikongsikan oleh Alia Ismail di laman Facebooknya, dia menunjukkan teknik yang betul untuk hasilkan telur sarang sama macam yang dipesan di kedai makan. Jadi, anda tak perlu ke kedai makan semata-mata nak menikmati telur sarang ini, buat sendiri saja di rumah!

Bahan-bahannya

  • 1 biji telur
  • 2 1/2 sudu besar air putih
  • Sedikit garam
  • Minyak masak (perlu banyak)

Cara menggorengnya

1. Panaskan kuali dengan api yang paling besar dan tuang minyak yang banyak.

2. Sementara itu, kacau telur, masukkan air dan kacau lagi sampai berbuih-buih.

3. Kemudian, tuang telur dalam minyak yang dah panas, tarik mangkuk tinggi-tinggi. (Rujuk video)

4. Kecilkan api. Apabila dah nampak bahagian tepi telur dah garing, boleh terbalikkan.

5. Terbalikkan lagi sekali bila dah garing, angkat dan toskan. Kalau tak suka telur garing sangat, tak perlu masak telur terlalu lama.

6. Siap! 

Mudah kan? Jangan lupa kongsikan resepi ini pada ahli keluarga dan rakan-rakan yang lain okay!

Sumber: Facebook

tex_admin