Euforia Bola 2026
Oh Lawa By: Yanie Baharom June 13, 2018 @ 3:00pm

Ikon Stail Fyza Kadir Kongsi Tip Tampil Stailish Di Hari Raya

Apa saja busana yang membaluti tubuhnya, merangsang kita untuk membelinya. Kehebatan wanita jelita persis patung Barbie dalam bergaya memang tidak dapat disangkal. 

Namun begitu, tidak mudah sebenarnya hendak mendukung gelaran ikon stail atau ikon fesyen. Bukan sekadar memakai apa yang trendy, muat turun gambar di media sosial dan mendambakan merit daripada pengikut-pengikut untuk menyedari betapa stylish-nya kamu.

It doesn’t work that way. Tetapi Fyza pula lain, kerana apa yang dia pakai sesungguhnya stailish dan tidak sekalipun dia memandang ringan penampilannya.

Wanita ini meletakkan estetika, mengisih cita rasa sekali dan tidak terlalu mencuba. Malah jenama-jenama yang dia pilih untuk dipakai sekaligus digayakan juga tidak ada satu pun yang tercela rupanya.

Foto: Instagram Fyza Kadir

Kepingin hendak tahu identiti Fyza, dari mana lahirnya cinta dia pada fesyen dan apakah pesannya kepada mereka yang bercita-cita menjadi stailish.

Tidak menghairankan kerana Fyza dalah graduan bidang fesyen dan tekstil dari Malaysian Institute of Art. Pernah bersama rakan-rakan sealiran jurusan dengannya menyertai pertandingan Piala Seri Endon, di mana batik yang direka cipta mereka meraih minat Sultanah Terenggganu.

Dalam temubual ringkas bersama Hijab & Heels,  Fyza turut menitipkan pesanan bagaimana untuk tetap kelihatan stunning di Hari Raya di samping berkongsi pandangannya tentang fesyen.

Foto: Instagram Fyza Kadir

1. Apa yang kamu pentingkan dalam sesebuah rekaan?

FK: Saya sangat mengutamakan teknikal, perincian dan jenis fabrik yang digunakan. Kerana melalui ilmu fesyen yang saya pernah pelajari dahulu, ia banyak membantu saya. Kalau kamu nak tahu, malah lining dalam pun saya beri perhatian. Bukan apa, ia untuk kepuasan diri saya juga. At the end of the day, you’d be spending your money on these items. Sudah tentulah kamu mengharapkan kualiti yang bagus, kan?

2. Kamu sangat menghargai pakaian yang kamu beli dan pakai?

FK: Saya sangat value semua pakaian yang pernah saya beli dan pakai. Setelah dipakai, saya akan jaga dengan baik pakaian-pakaian itu. I’m quite a sentimental person when it comes to this. Kerana saya tahu bukan mudah untuk berbelanja ke atas sesuatu pakaian itu. Sayang kalau tidak dijaga betul-betul.

3. Apakah perasaan kamu bila sekarang ini kamu dilabel sebagai ikon stail atau ikon fesyen sehingga menjadi rujukan orang lain?

FK: Saya sangat-sangat menghargainya. Because I feel like I’ve done something right. Terima kasih jika ada yang melabel saya ikon stail atau ikon fesyen. Saya lagi suka jika ada yang menjadikan gaya saya sebagai rujukan. Kiranya saya dapat membantu mereka secara tidak langsung.

4. Tips berfesyen di Hari Raya yang ingin kamu kongsikan?

FK: Sama ada di musim perayaan ataupun sebaliknya make sure pilih pakaian bersesuaian dengan potongan badan  dan warna bersesuaian dengan kulit.

Jangan melebih-lebih, gayakan sesuatu itu dalam right amount. Fahami tubuh kamu dahulu dan terapkan sekali identiti. Jangan hendak terlalu mencuba sehingga luntur jati diri kamu.

Busana yang digayakan juga harus bersesuaian dengan lokasi yang dikunjungi. Jika tidak kamu tidak akan berasa selesa dengan apa yang kamu pakai akhirnya merosakkan penampilan kamu.

Saya sarankan, pilih fabrik ringan dengan potongan baju yang praktikal. Dari segi warna pula sebaiknya pakai warna senada sama ada pakaian, kasut mahupun tas tangan untuk menyerlahkan ciri eksklusif dan mahal. Boleh juga memilih warna blok atau kontra tapi paduannya jangan terlalu banyak.

Mereka yang berhijab misalnya, jika busana yang digayakan mereka adalah fabrik bercorak pastikan tudung yang dipakai anda adalah salah satu warna yang terdapat pada corak.

Jika baju anda mempunyai potongan yang dramatik, gayakan dengan ikatan tudung yang ringkas untuk keseimbangan penampilan. Pilih bahagian mana yang anda ingin jadikan titik tumpuan sama ada baju, aksesori atau wajah anda.

Contohnya, pakaian anda polos dan tidak bercorak, pilih tudung atau shawl cetak untuk tampak lebih ceria tetapi adalah lebih baik jika base warna tudung tadi rona senada baju anda.

Bercakap mengenai solekan pula, saya gemarkan solekan yang natural kerana ia memelihara kecantikan asli seseorang.

Apatah lagi di Hari Raya, wanita seharusnya kelihatan manis dan sopan bukannya mengganggu pandangan mata orang dengan solekan tebal. Pemilihan aksesori juga begitu, sama ada yang bold atau kecil tapi statement!

Pemilihan kasut pula, perlu ada sekurang-kurangnya dua jenis kasut satu sederhana tinggi dan satu lagi bertumit tinggi. Tengok lokasi mana kamu berkunjung. Dari segi pemilihan warna pula, sepatu harus sepadan tas tangan. Paling selamat dan perlu wanita ada iaitu rona hitam dan nude.

Kepada pasangan yang gemar berpakaian sedondon, wujudkan sedikit kontra warna untuk kelihatan lebih menarik. Saya harap, sedikit info yang dikongsikan ini sedikit sebanyak membuatkan wanita faham apa yang perlu dan tidak perlu untuk sentiasa tampil stailish. 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 21 Feb 2020
Oh Lawa Mon, 8 Apr 2019
Oh Lawa Wed, 3 Apr 2019

Jurusolek (MUA) kini dirai dalam anugerah berprestij!

Siapakah yang bakal dinobat juara? nantikan malam kemuncak MMAA 2019 diadakan pada 28 Ogos 2019 ini.

Eat Travel Fri, 25 May 2018

Buka Puasa Dengan Crème Caramel Yang Lembut Dan Lazat Ini, Senang Saja Nak Buat!

Dahlah lembut bagai sutera, rasa pun tak manis sangat. Oooh, sedap!

Oh Lawa Mon, 28 May 2018

Koleksi Lebaran Selebriti Cilik Yusuf Iskandar & Lara Alana Comel Sungguh!

Koleksi lebaran si cilik ini memang cantik dan bergaya. Sesuai untuk anak anda!

Oh Lawa Wed, 3 Oct 2018

Wanita Bertubuh Gempal Juga Berhak Untuk Cantik. Ini 10 Tips Untuk Anda Tampil Meletop!

Sedarilah wahai wanita, tubuh berisi ada kecantikan yang tersendiri.

Oh Lawa Thu, 22 Feb 2018

Tak Perlu Beli Pencuci Khas Untuk Berus Make Up Anda! Hanya Guna Tiga Bahan Ini

Setelah berjaya mekap muka anda sampai flawless, jangan lupa pula untuk jaga aksesori mekap anda, termasuklah berus foundation.

Featured Thu, 14 Feb 2019
Featured Fri, 21 Sep 2018

7 Cara Kegunaan Minyak Kelapa Dalam Rutin Kecantikan Anda

Ia boleh memperbaiki tahap kesihatan dalaman serta kecantikan luaran anda.

Gaya Hidup Tue, 3 Dec 2019

ISETAN The Japan Store tampil segar dengan wajah baharu

Bukan sahaja jenama Jepun, jenama tempatan pun ada

error: Content is protected !!