Categories: Oh Lawa

KFC 11 Finger Lickin’ Good Goods buat semua terliur!

Oleh Mohamad Amnan Ibrahim

KFC Malaysia tampilkan kelainan dalam merayakan tahun ke-46 penubuhan mereka di Malaysia dengan melancarkan koleksi terhad 11 Finger Lickin’s Good Goods hasil kerjasama dengan jenama streetwear tempatan, Pestle & Mortar Clothing (PMC).

Ketua Pemasaran KFC Malaysia, Angelina Vilanueva, berkata pihak KFC Malaysia mahu meraikan asal usul KFC sambil memberikan penghormatan kepada rakyat dan negara Malaysia yang menjadi tulang belakang kepada jenama KFC Malaysia dengan rekaan eksklusif koleksi itu.

Angelina Villanueva .  Foto: NSTP/ROHANIS SHUKRI.

“Idea untuk berkolaborasi dengan Pestle & Mortar Clothing sangat sesuai kerana mereka dikenali dengan rekaan-rekaan yang bermotifkan gaya tempatan dan isu-isu semasa.

“Kebangkitan gaya streetwear dalam kalangan rakyat Malaysia juga memberikan inspirasi buat kami dalam merealisasikan kerjasama tersebut,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran 11 Finger Lickin’ Good Goods di Sunway Pyramid, baru-baru ini.

Koleksi rekaan Streetwear menjadi pilihan pada pelancaran koleksi 11 Finger Lickin Good Goods di Sunway Pyramid. NSTP/ROHANIS SHUKRI.

Dengan menggunakan idea asas rekaan  11 herba dan rempah rahsia Colonel Sanders, pereka turut menggunakan gaya seni yang berlatarbelakangkan budaya masyarakat Malaysia serta bahasa tempatan yang unik dan  telah menjalinkan bersama-sama dengannya naratif sejarah KFC Malaysia di setiap rekaan pakaian yang tentunya diberikan sentuhan gaya ‘streetwear’ kontemporari.

Sementara itu, Pengasas bersama PMC, Hugh Koh, berkata jalinan kreatif tersebut boleh dilihat dalam rekaan koleksi yang dilancarkan seperti kemeja tee Jalan Larut KFC, penggunaan jolokan nama ‘Atuk’ yang merujuk kepada pengasasnya dan periuk tekanan (pressure cooker).

“Kesemua elemen yang digunakan dalam koleksi ini pastinya menggamit memori setiap seorang daripada rakyat Malaysia,” jelas beliau lagi.

Koleksi 11 Finger Lickin’s Good Goods boleh didapatkan di laman sesawang Pestle & Mortar Clothing dan di Butik Major Drop, Sunway Pyramid bermula 5 September lalu.  

Sebanyak 2,000 unit barangan yang terdapat dalam koleksi 11 Finger Lickin’ Good Goods akan dijual merangkumi kemeja tee bercorak grafik, kemeja ‘bowling’ bercetak penuh, jaket bomba bersama grafik serta aksesori seperti topi ‘bucket’ reversible dan beg tote.

Antara koleksi 11 Finger Lickin Good Goods yang terdapat di Butik Major Drop. Foto: NSTP/ROHANIS SHUKRI.

Sementara itu, KFC Malaysia turut mengumumkan kesemua hasil jualan daripada kempen ini akan disalurkan kepada Add Hope Malaysia, sebuah inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) KFC yang aktif dalam menyalurkan bantuan dan sumbangan kepada golongan yang memerlukan di seluruh Malaysia.

KFC Malaysia juga menyediakan peluang buat pengguna yang menyertai kempen Merdeka 62 untuk memenangi pakaian dan barangan daripada koleksi 11 Finger Lickin’ Good. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai kempen tersebut, sila layari kfc.com.my/merdeka62.

Layari kfc.com.my/pestlemortarclothing untuk melihat koleksi penuh jenama ini. Sama seperti 11 herba dan rempah rahsia KFC, koleksi 11 Finger Lickin’ Good Goods ini akan membuat anda terliur seperti melihat ayam Original Recipe KFC!

tex_admin