Netizen Kritik Produk Kurus Hanis Zalikha

Siapa yang tidak kenal blogger, pelakon dan model cantik Hanis Zalikha?

Selebriti kepada dua anak cilik popular iaitu Yusof Iskandar dan Alisa Aisyah baru-baru ini  telah melancarkan produk kurus Cakenis Petite Oil yang berfungsi untuk merawat kulit terutamanya di bahagian berlemak serta berfungsi untuk mengawal nafsu makan.

Bagaimanpun, pelancaran produk itu tidak disenangi netizen apabila mereka mempertikaikan keberkesanan produk minyak kurus keluaran Cakenis.

 

Dalam pada itu, turut hadir mememeriahkan majlis dan memberikan sokongan kepada Hanis ialah keluarga, teman rapat dan juga rakan artis seperti Mimi Lana, Elfira Loy, Sari Yanti, Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin, Fouziah Gous dan ramai lagi.

 

 

Terdahulu, Hanis Zalikha juga turut melancarkan jenama tudung sendiri yang diberi nama Cakenis.

Apa-apapun diharap segala persoalan dan kritikan netizen ini dapat dijawab oleh tuan punya badan nanti okay!

Ditulis oleh: Dina Azmi

Ad Ops