Categories: Oh Lawa

Mahu guna produk antipenuaan tapi kulit sensitif, cuba produk ini

Memiliki kulit sensitif membataskan segelintir wanita untuk menggunakan produk kecantikan sesuka hati, bimbang kulit wajah akan bertambah teruk. Jika tidak menggunakan produk yang betul, kulit sensitif mampu menjadi lebih teruk dan menimbulkan ruam, jerawat serta gatal-gatal.

Kredit gambar: Prevention

Bagi wanita yang mendambakan kulit cantik, anjal dan tampak muda, namun memiliki kulit sensitif, jangan risau kerana kini ada penyelesaiannya.

Jenama Nutox memperkenalkan Rangkaian Nutox Youth Restoring (NYR), penyelesaian terbaik bagi memenuhi keperluan antipenuaan dan kulit sensitif.

Dengan konsep tiada kompromi dalam satu inovasi, rangkaian NYR diperkaya dengan tiga teknologi antipenuaan dan dihasilkan untuk membantu memberi manfaat antipenuaan yang sama tahapnya dengan produk utama Nutox.

Kredit gambar: Nutox Youth Restoring

Menurut Ketua Pemasaran Tohtonku Sdn Bhd, Vicky Lim, mesej kempen ‘Tiada Kompromi’ diperkenalkan bertujuan untuk memberi inspirasi dan menggalakkan wanita supaya tidak berkompromi dalam soal nilai diri serta gaya hidup mereka.

“Di Nutox, kami sentiasa menghasilkan inovasi dengan menyediakan formula yang lebih baik bagi memenuhi keperluan kulit yang berbeza. Untuk memastikan produk penjagaan kulit antipenuaan boleh dicapai oleh mereka yang mempunyai kulit sensitif, kami teruja untuk melancarkan produk baru NYR yang menawarkan hasil Nutox yang sama iaitu lembut pada kulit sensitif anda!

“Kami percaya bahawa kita tidak patut berkompromi dalam soal penjagaan kulit sensitif dan mengekalkan kulit muda serta segar seperti mana kami percaya wanita moden perlu diperkasakan untuk menjalani kehidupan sebaik mungkin tanpa ada kompromi,” katanya.

NYR membantu meningkatkan penghasilan kolagen dan memperbaiki keanjalan kulit tanpa mencetuskan keradangan kulit, membuatkan ia selamat dan berkesan bagi kulit sensitif.

Produk NYR diformulasi secara teliti supaya ia hipoalergenik dan mempunyai pH seimbang dengan menggandingkan bahan lebih lembut untuk melindungi pertahanan kulit.

Kredit gambar: Nutox Youth Restoring

Diperbuat tanpa pewangi berbahaya, paraben, pewarna dan alkohol, rangkaian NYR menjalani ujian dermatologi untuk melawan tanda antipenuaan, tetapi masih kekal lembut pada kulit.

Rangkaian produk terbaharu NYR yang terdiri daripada Cleansing Gel, Treatment Lotion, Advanced Serum Concentrate, Night Cream, Moisture Emulsion dan Eye Refiner dipasarkan pada harga runcit bermula pada harga RM39 hingga RM95.90 serta boleh didapati secara dalam talian di Watsons, Guardian dan Lazada.

Ad Ops