Categories: Oh Lawa

Moschino[TV] H&M, Kolaborasi Pintar Dua Jenama Hebat Perlu Ada Dalam Wardrobe Anda!

Saban tahun menyaksikan kolaborasi mengujakan di antara jenama gah street wear, H&M dengan label mewah.

Jika sebelum ini koleksi Balmain X H&M dikhabarkan sold out dalam tempoh kurang 48 jam ketika ia dilancarkan di Malaysia, sejarah sama berulang melalui kerjasama H&M dan Moschino yang dinamakan sebagai Moschino[tv] H&M.

Dilancarkan November ini, Pengarah Kreatif Moschino, Jeremy Scott yang terkenal dengan rekaannya yang dramatik dan pelik, telah mendedahkan sedikit tentang koleksinya dalam beberapa gambar yang dimuat naik di media sosialnya.

Dalam gambar tersebut, model terkenal Gigi Hadid dilihat memperagakan jaket berzip yang dicetak dengan imej CD dan dilengkapkan dengan kasut but berparas paha.

Foto: Vogue

Manakala pada acara pertunjukan fesyen koleksi ini, bersama-sama memperagakan koleksi ini bersama Gigi Hadid adalah Bella Hadid, Stella Maxwell, Duckie Thot, Imaan Hammam, Dilone, Teddy Quinlivan, Jordan Barrett, Candice Swanepoel, Joan Smalls, Winnie Harlow dan Naomi Campbell.

Foto: H&M

Scott berkata, “Kerjaya saya adalah untuk menghubungkan orang ramai menerusi fesyen, dan dengan kolaborasi ini saya dapat mencapai lebih ramai peminat saya.”

Menerusi kolaborasi ini, peminat Moschino dapat memiliki pakaian terkini dengan harga yang lebih berpatutan.

Menurut majalah Vogue, koleksi Moschino terdiri daripada pakaian lelaki dan perempuan, dijual pada harga RM100 sehingga RM1,000.

Sementara itu, Pengarah Kreatif H&M, Ann-Sofie Johansson, bersetuju dan menyokong kenyataan tersebut sekaligus menyifatkan  kolaborasi ini adalah yang terbaik untuk dunia fesyen sekarang dengan menggabungkan pop, street culture dan glamor.

Foto: H&M

Foto: H&M

Foto: H&M

Foto: H&M

Foto: H&M

Foto: H&M

Foto: H&M

Foto: H&M

Foto: H&M

Foto: H&M

Sumber: Toodia & Vogue

Yanie Baharom