Categories: Oh Lawa

Nike Akan Keluarkan Koleksi Selipar Berpoket Yang Sebiji Macam Pek Pinggang, Kelakar Betul Rupanya!

Peminat Nike memang menunggu-tunggu pengeluar barangan sukan ternama dunia itu untuk memperkenalkan produk terbaru.

Yalah, design kasut serta pakaiannya memang nampak cool setiap kali. Tapi untuk keluarannya yang akan datang ini, tak pastilah sama ada mereka akan gemar atau tidak.

Anda pernah tengok, kan, pek pinggang atau pouch yang orang pakai di pinggang? Selalunya kalau seseorang itu tak nak menggunakan beg, dia pakai saja pouch kerana ia lebih convenient dan hands-free.

Nike dilaporkan telah mendapat inspirasi daripada alat tersebut untuk keluaran koleksi kasut seliparnya. “Fanny Pack Slides” gelarannya.

Dapat bayangkan, tak? Selipar itu akan ada tapak yang berkusyen, itu memang pasti. Yang special ialah bahagian atas kasut yang menutupi kaki pemakai. Bukannya strap biasa, tapi ada pouch berzip yang dilekatkan di situ, macam dalam gambar ini.

Foto: Nike

Jadi jika anda nak ke mana-mana tapi tak nak pegang apa-apa barang, anda bolehlah masukkan kunci atau duit kecil anda ke dalam poket ini.

Hmm, memang senang kalau nak berjalan! Tapi kalau letak banyak-banyak barang, takut berat pula.

Buat masa ini, tak ada lagi release date, tapi koleksi ini akan datang dalam 3 warna berlainan, iaitu, hitam, hitam/pink dan biru/hijau.

Foto: Nike

Jadi, amacam? Berminat nak beli tak?

Sumber: Marie Claire

Ad Ops