Categories: Oh Lawa

7 Kelebihan Menggunakan Krim Mata Yang Perlu Anda Tahu

Dari mata, kita boleh mengagak usia seseorang meskipun individu itu maybe tampak 10 tahun lebih muda berbanding usianya yang sebenar. Ini adalah kerana kesan penuaan paling ketara berlaku di bahagian mata.

Justeru itu, kulit di sekitar mata anda juga memerlukan penjagaan dan kepentingannya sama seperti penjagaan kulit wajah di mana ia harus sentiasa tampak muda.

Oleh itu, penggunaan krim mata adalah amat penting bagi memastikan mata anda tidak kelihatan lesu dan letih dan juga mengelakkan timbulnya lingkaran gelap di bawah mata.

Ini dia tujuh kelebihan krim mata yang perlu anda tahu.

Antara kebaikan krim mata adalah:

  • Memperbaiki tekstur kulit di sekeliling mata.
  • Menegangkan dan menghidratkan kulit di sekeliling mata.
  • Hilangkan lingkaran gelap di bawah mata.
  • Melembap dan mengurangkan kesan lebam di sekeliling mata.
  • Menjadikan kulit lebih licin, cantik dan halus
  • Mata akan jadi lebih segar, masalah mata letih akan berkurangan

Ini pula panduan untuk menggunakan krim mata:

  • Gunakan hujung jari manis untuk meratakan krim mata pada kulit kerana jari mempunyai tekanan yang paling lembut.
  • Jangan gosok krim mata pada kulit. Tepuk secara lembut menggunakan jari manis untuk membantu penyerapan.
  • Hanya perlu gunakan sedikit saja jumlah krim mata untuk sekali sapuan.
  • Jangan sapukan krim mata terlalu dekat dengan mata kerana krim ini boleh terserap dalam jarak satu inci di sekitar kulit mata.
  • Elakkan daripada mencabut kulit di sekitar mata.

Sumber: HER

Yanie Baharom