Categories: Oh Lawa

Pelik Tapi Memukau, Ini Idea Fotografi Fesyen Yang Unik Dan Gempak!

Pentas peragaan bukan sekadar platform untuk memperkenalkan rekaan-rekaan terkini mahupun koleksi di luar imaginasi atau out of the box, akan tetapi digunakan sebagai aprisiasi terhadap seni oleh kelompok pereka fesyen.

Anda tidak jelas dengan penjelasan di atas? Pernahkah anda melihat pertunjukan fesyen antarabangsa yang hadir dengan konsep luar biasa dan idea aneh yang tidak pernah terbayangkan oleh anda, membawa anda ke suatu dunia yang lain namun sehingga hari ini ia melekat dalam fikiran anda.

Jika di Malaysia, maestro fesyen Dato Rizalman Ibrahim sering saja menghadirkan konsep yang WOW dengan mewujudkan dunia khayalan untuk tontotan tetamu yang menghadiri pertunjukan fesyen beliau.

Apa yang penulis cuba sampaikan di sini, penyatuan fesyen dan seni sememangnya mempunyai nilai estetika yang tinggi. Bukan sahaja di pentas peragaan, karya seni juga boleh diterjemahkan menerusi fotografi fesyen. Lihat saja fotografi fesyen aneh dan pelik yang dicipta oleh Kirsty Mitchell.

Terjemahan seni dalam konsep fesyen yang ditampilkannya amat hebat. Menjadi tugas jurugambar fesyen, sentiasa berusaha untuk memvisualisasikan masa depan fesyen, gaya dan trend. Jom kita layan foto-foto menarik yang dirakamkan oleh Kirsty Mitchell ini.

Foto: weirdmasala

Foto: weirdmasala

Foto: weirdmasala

Foto: weirdmasala

Foto: weirdmasala

Foto: weirdmasala

Foto: weirdmasala

Foto: weirdmasala

Sumber: Weirdmasala

Yanie Baharom