Categories: Trending

Air Mata Selena Gomez Dan Kourtney Kardashian Untuk Siapa?

Macam 1st time dengar rumours ni, selain Selena Gomez ada seorang lagi bintang sensasi yang rupa-rupanya frust menonggeng mendengar berita pertunangan Justin Bieber!

Bak kata seorang rakan setugas penulis, apalah yang perempuan tergila-gilakan sangat pada Justin tu, bukannya handsome pun? Maybe sebab dia famous dan banyak duit agaknya.

By the way, ada dua versi cerita yang hendak disampaikan. Pertamanya, Kourtney Kardashian dikatakan kecewa apabila mendengar pengumuman pertunangan Justin Bieber dengan Hailey Baldwin.

Menurut laporan Radar Online, Kourtney sebenarnya cemburu melihat kebahagiaan Justin dan Hailey.

“Kourtney tak suka mendengar berita pertunangan itu, sepatutnya dia yang bertunang dengan Justin,” kata sumber.

Bagaimanapun, wanita berusia 39 tahun ini menghormati keputusan Justin dan tidak menolak untuk hadir ke majlis perkahwinan mereka jika diundang.

Foto: tomandlorenzo

Sebelum ini, Kourtney dan kekasihnya iaitu Scott Disick menjalinkan hubungan selama sembilan tahun dan memiliki tiga orang anak. Selepas berpisah pada 2015, Kourtney dan Justin menjalinkan hubungan istimewa pada tahun 2016.

Dalam laporan portal yang sama, Hailey pula meminta Kourtney menjauhkan diri dari Justin dan tidak lagi menghubungi penyanyi lagu Baby itu.

Satu lagi berita sensasi, penyanyi Selena Gomez dilaporkan berasa sedih apabila mendapat tahu Justin membeli sebuah banglo di Kanada untuk tinggal bersama tunangnya Hailey Baldwin.

Hollywoodlife.com melaporkan Selena terkejut dengan berita itu kerana mereka pernah membayangkan untuk memulakan keluarga di sebuah rumah besar berdekatan dengan tasik selepas berkahwin.

“Itu adalah rumah impian Selena untuk membesarkan keluarga bersama Justin tapi lelaki itu buat dengan orang lain,” kata sumber.

Hmmmmm… Sudah-sudahlah tu Selena dan Kourtney, banyak lagi lelaki lain kan. Move on girls!

Yanie Baharom