Siapa suka simpan barangan kosmetik sebagai khazanah?
Penulis yakin, pasti ada antara anda yang mempunyai tabiat sebegini, bahkan penulis sendiri melakukan perkara yang sama.
Hendak membuangnya sayang, apatah lagi jika sesuatu barangan kosmetik itu berjenama, mahal dan belum habis digunakan.
Lebih rela melihatnya depan mata biarpun sudah rosak daripada membuangnya begitu saja.
Tetapi tahukah anda, produk yang sudah rosak adakala tidak dapat dilihat secara nyata? Produk yang tamat tempoh sebenarnya boleh memudaratkan!
Sebaik dibuka atau digunakan, produk terbabit boleh tercemar dengan mudah oleh bakteria dan fungus yang terdapat pada kulit mahupun udara, seterusnya mengakibatkan jangkitan mata dan masalah kulit.
Produk yang mengandungi air yang tinggi seperti krim, pelembap dan maskara antara produk paling sensitif serta mudah rosak.
Oleh itu, penting untuk anda mengenal pasti kesan-kesan kerosakan produk seperti teksturnya kelihatan sudah berbeza daripada asal.
Produk mungkin bertukar warna, baunya kurang menyenangkan dan lebih teruk lagi tumbuhnya kulat secara jelas.
Pembayang mata atau lipstik bukan hanya kering, tetapi juga mudah retak. Tekstur dan warna turut berubah menjadi lebih gelap. Segera hentikan pemakaian lipstik jika bibir terasa pedih atau baunya berubah.
Jika barangan kosmetik anda ditumbuhi bintik-bintik hitam atau bulu-bulu halus itu menandakan produk itu sudah ditumbuhi fungus atau kulat.
Produk jenis cecair seperti minyak wangi dan krim sangat sensitif terhadap sinaran matahari. Jika tidak disimpan di tempat sejuk dan gelap, kandungannya akan berkurangan. Jika baunya sudah berlainan daripada asal, menandakan ia sudah rosak.
Kalau bedak asas jenis cecair mengeluarkan bau yang berlainan, berubah warna, teksturnya semakin cair atau mengeras dan mengering itu menunjukkan ia tidak boleh digunakan lagi.
Maskara dan celak cecair dua jenis alat solek yang mudah mengering jika terkena udara.
• Pastikan ia ditutup rapat ketika tidak digunakan.
• Simpan di tempat sejuk dan kering.
• Basuh tangan terlebih dahulu sebelum memakai sebarang kosmetik agar ia tidak tercemar.
• Elakkan sinaran terus matahari.
• Sebaiknya tidak berkongsi kosmetik dengan orang lain.
• Pastikan beg solekan sentiasa bersih dan terjaga.
• Span solekan mudah tercemar jika terlalu lama digunakan dan tidak dibasuh. Tukar span setelah beberapa bulan digunakan
Sumber: Nona
Ruhainies harap semua pihak dapat move on. Tak mahu panjangkan isu.
Save the date!
Mungkin ini yang terbaik untuk Syasya 🫶🏼
Innalilahiwainnailaihirajiun
Fuh ramai yang restu ni!! Sabar okay semua