Oh Lawa By: Yanie Baharom February 18, 2019 @ 9:00am

Periksa dulu tarikh luput barangan kosmetik anda walaupun kandungannya tampak elok! 

Siapa suka simpan barangan kosmetik sebagai khazanah? 

Penulis yakin, pasti ada antara anda yang mempunyai tabiat sebegini, bahkan penulis sendiri melakukan perkara yang sama. 

Hendak membuangnya sayang, apatah lagi jika sesuatu barangan kosmetik itu berjenama, mahal dan belum habis digunakan.

Lebih rela melihatnya depan mata biarpun sudah rosak daripada membuangnya begitu saja. 

Tetapi tahukah anda, produk yang sudah rosak adakala tidak dapat dilihat secara nyata? Produk yang tamat tempoh sebenarnya boleh memudaratkan!

Sebaik dibuka atau digunakan, produk terbabit boleh tercemar dengan mudah oleh bakteria dan fungus yang terdapat pada kulit mahupun udara, seterusnya mengakibatkan jangkitan mata dan masalah kulit.

Produk yang mengandungi air yang tinggi seperti krim, pelembap dan maskara antara produk paling sensitif serta mudah rosak. 

Oleh itu, penting untuk anda mengenal pasti kesan-kesan kerosakan produk seperti teksturnya kelihatan sudah berbeza daripada asal.

Produk mungkin bertukar warna, baunya kurang menyenangkan dan lebih teruk lagi tumbuhnya kulat secara jelas.

Foto: HealthStatus

Mengesan tanda produk tamat tempoh:

1. Retakan

Pembayang mata atau lipstik bukan hanya kering, tetapi juga mudah retak. Tekstur dan warna turut berubah menjadi lebih gelap. Segera hentikan pemakaian lipstik jika bibir terasa pedih atau baunya berubah.

2. Bintik Hitam

Jika barangan kosmetik anda ditumbuhi bintik-bintik hitam atau bulu-bulu halus itu menandakan produk itu sudah ditumbuhi fungus atau kulat.

3. Bau Berubah

Produk jenis cecair seperti minyak wangi dan krim sangat sensitif terhadap sinaran matahari. Jika tidak disimpan di tempat sejuk dan gelap, kandungannya akan berkurangan. Jika baunya sudah berlainan daripada asal, menandakan ia sudah rosak.

4. Kurang Berkesan

Kalau bedak asas jenis cecair mengeluarkan bau yang berlainan, berubah warna, teksturnya semakin cair atau mengeras dan mengering itu menunjukkan ia tidak boleh digunakan lagi.

5. Mengering

Maskara dan celak cecair dua jenis alat solek yang mudah mengering jika terkena udara.

 

Meningkatkan jangka hayat produk:

•       Pastikan ia ditutup rapat ketika tidak digunakan.

•       Simpan di tempat sejuk dan kering.

•       Basuh tangan terlebih dahulu sebelum memakai sebarang kosmetik agar ia tidak tercemar.

•       Elakkan sinaran terus matahari.

•       Sebaiknya tidak berkongsi kosmetik dengan orang lain.

•       Pastikan beg solekan sentiasa bersih dan terjaga.

•       Span solekan mudah tercemar jika terlalu lama digunakan dan tidak dibasuh. Tukar span setelah beberapa bulan digunakan

 

Sumber: Nona

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Oh Lawa Wed, 24 Jan 2018

AliffbySha V Inspirasi 5 Wanita Hebat

Selepas kejayaan memberangsangkan menerusi kolaborasi AliffbySha X GoHalal, jenama tudung AliffbySha kini memperluaskan empayar tudungnya dengan berkolaborasi bersama lima wanita hebat daripada pelbagai bidang.

Featured Tue, 20 Aug 2019

4 cara gayakan skirt, anda pasti melangkah dengan bergaya!

Anda pun boleh tampil yakin dengan skirt!

Featured Fri, 8 May 2020

Seri jadi isteri, Zahirah MacWilson wajah Lebaran Innai Red

Lawa-lawa koleksi Lebaran Innai Red tahun ini

Oh Lawa Thu, 20 Sep 2018
Oh Lawa Thu, 18 Jan 2018

Pilih Warna Pakaian Untuk Mood Berbeza

Setiap kali membuka almari, pasti anda pening mahu memilih pakaian apa untuk dipakai. Namun, tahukah anda warna pakaian mampu mempengaruhi emosi atau mood seseorang? Malah, kuasa warna juga secara tidak langsung melambangkan personaliti diri. Justeru, […]

Oh Lawa Mon, 23 Apr 2018

Selena Gomez Memakai Loket Batu Kerikil Ke Majlis Keramaian, Cuba Teka Berapa Harganya

Batu kerikil yang kita boleh jumpa di tepi jalan pun boleh dijadikan loket?

Featured Mon, 16 Mar 2020
Featured Mon, 28 May 2018

6 Sebab Kenapa YB Nurul Izzah Suka Pakai Tudung Bawal

YB Nurul Izzah setia memakai tudung bawal sejak 20 tahun lalu.

Oh Lawa Mon, 9 Apr 2018

Transformasi Pakaian Lama Anda Kepada Sesuatu Yang Trendy Dengan Teknik DIY Ini

DIY atau erti kata lain Do It Yourself adalah satu daya kreativiti dalam memanfaatkan barangan terpakai dan menjadikannya sesuatu yang bermanfaat. Buat para gadis, video yang dikongsikan untuk anda ini pastinya dapat membantu sekaligus membuatkan anda berfikir dua kali sama ada mahu membuang baju lama atau bergaya ranggi dengannya  selepas mempelajari teknik DIY. Selamat mencuba!