Categories: Oh Lawa

Rating Victoria’s Secret Fashion Show Jatuh Merudum!

Pertunjukan Victoria’s Secret 2018 dilaporkan mendapat jumlah tontonan terendah setakat ini apabila disiarkan pada Ahad, 2 Disember lalu.

Acara catwalk yang dibintangi supermodel adik-beradik Hadid serta Kendall Jenner mencatatkan rekod rendah dengan hanya 3.3 juta penonton, berbanding lima juta tahun lalu. Ia disiarkan di ABC di Amerika Syarikat.

Statista melaporkan bahawa jumlah tontonan jatuh hampir separuh daripada 2014 hingga 2017 daripada 9.12 juta hingga 4.98 juta, penurunan yang mengejutkan. Terdapat beberapa sebab untuk penurunan itu.

Pertunjukan fesyen ini masih baru buat ABC, yang sebelum ini mempunyai kontrak CBS yang lama, dan ia disiarkan pada petang Ahad dan bukannya slot kebiasaan pada hari Selasa. Entertainment Weekly melaporkan ABC juga menunjukkan bahawa rancangan itu masih mendapat angka terbaik untuk program 10pm sepanjang musim.

Namun, ia masih mencatatkan jumlah terendah sepanjang sejarah untuk jenama itu, dan Victoria’s Secret juga sedang menghadapi kritikan teruk untuk outdated portrayal of beauty dan lack of inclusivity.

Bulan lalu, Ketua Pegawai Pemasaran Victoria’s Secret, Ed Razek terpaksa meminta maaf atas komennya yang tidak sensitif mengenai saiz wanita dan komuniti LGBTQ.

Malah penyanyi Halsey, yang pernah membuat persembahan di pertunjukan fesyen Victoria’s Secret menerusi lagu Without Me juga secara terbuka memalukan label itu.

Pada bulan Jun, dilaporkan bahawa jenama gergasi itu bergelut untuk menjual barang-barang yang sudah diberi harga promosi. Walaupun kajian ini berdasarkan jualan sebulan, penganalisis Jefferies, Randal Konik berkata ia adalah ‘game over’ untuk jenama itu.

Dalam cubaan untuk ‘membersihkan’ inventori, Victoria’s Secret memanjangkan tempoh jualan murah selama dua minggu dan menurunkan harga yang mengakibatkan penurunan kadar margin. Forbes juga mendapati jualan di stor dan jualan langsung Victoria’s Secret masih 9% menurun sejak 2016.

Sumber: Cosmopolitan

Yanie Baharom