Categories: Oh Lawa

Rupanya Inilah ‘Trick’ Yang Digunakan Dalam Iklan Syampu Supaya Rambut Model Nampak Perfect, Cis!

Iklan-iklan syampu selalu buat kita rasa sakit hati, kan? Yalah, macam manalah model dalam iklan itu boleh ada rambut yang tersangat perfect? Lembut, halus, berkilat, beralun… tipu, tipu, tipu!

Kalau kita pakai syampu itu pun, belum gerenti yang rambut kita boleh jadi secantik itu.

Hmm… kalau anda suspect yang semua itu adalah ilusi, anda memang tepat kerana ada beberapa trick yang pengiklan syampu dah gunakan bertahun-tahun lamanya. Dalam realitinya rambut model iklan itu biasa-biasa saja. Cis!

Dalam kempen terbarunya, syarikat produk syampu dan sabun badan berjenama Suave telah mendedahkan “alat-alat” yang sering digunakan untuk merakam iklan syampu. Memang anda langsung takkan expect yang itulah caranya iklan syampu dibuat.

1. Teknologi green screen

Foto: Suave

Patutlah model itu boleh melakukan hair flip dengan jayanya! Orang yang memakai bodysuit hijau akan berdiri di depan skrin hijau dan bermain-main dengan rambut model dengan menggunakan batang panjang. Warna hijau itu akan disunting kemudian, jadi apa yang penonton lihat hanyalah rambut yang beralun cantik macam ombak.

2. Bebola polisterin

Foto: Suave

Kadang-kadang para stylist tak boleh bentukkan rambut model seperti mana yang mereka ingini, ataupun rambut model nampak terlalu nipis. Mereka akan mengikat bola-bola polisterin supaya rambut model itu nampak lebih tebal dan sihat.

3. Rambut tipu

Foto: Suave

Dalam video untuk kempen Suave ini, seorang model dilihat sedang baring dengan rambut panjangnya disusun cantik dengan berlatarbelakangkan warna hitam. Kemudian dia bangun dan barulah penonton akan nampak yang sebenarnya “rambut panjang” yang beralun dan berkilat tadi hanyalah hair extentions. Rambut dia pendek je sebenarnya!

Ah, selama ini kita tertipu! Sesetengah daripada kita mungkin mati-mati ingat rambut model dalam iklan syampu betul-betul perfect seperti yang diiklankan.

Mungkin lepas ini anda takkan percaya lagi iklan-iklan seperti ini, walaupun memang itu fungsi iklan sebenarnya. Lepas ini belilah syampu mengikut kebaikan yang dijanjikan, dan bukan iklannya.

Sumber: Cosmopolitan

Ad Ops