Categories: Oh Lawa

Sebut kemenyan pun sudah seram, apatah lagi sapu di muka, agak-agak berani tak?

Sebut saja kemenyan, mulalah terbayang babak bomoh dengan mantera dan jampi serapahnya.

Skeptikal umum berhubung penggunaan kemenyan ini sering dikaitkan dengan perkara mistik, kematian mahupun perubatan tradisional.

Sehinggakan ramai yang tidak tahu bahawa kemenyan sebenarnya juga mampu dijadikan bahan rawatan untuk kulit wajah anda.

Dr Irma Shida yang juga seorang doktor gigi dan pengasas produk rawatan wajah, mengkaji secara saintifik, mendapati kemenyan mempunyai banyak manfaat untuk kecantikan.

Hasil kajian yang dilakukan, kemenyan berfungsi dengan dua cara antaranya olkafri yang diperoleh daripada baunya yang menenangkan. Apabila minda kita tenang, tekanan akan berkurangan dan kulit lebih bermaya dan sihat.

Pati kemenyan itu sendiri mempunyai ciri-ciri antiseptik yang berupaya menjadi penawar kepada masalah kulit seperti jerawat, gatal, gigitan nyamuk, mengecilkan pori-pori, memudarkan jeragat dan lain-lain. Sekali gus menegangkan dan mencerahkan kulit menjadi putih kemerah-merahan. 

Foto: atsirich

Kehebatan formula yang digunakan ini, menjadikan produk DR IRMA Angel White mendapat permintaan yang tinggi di Indonesia sedangkan ianya hanya berada di pasaran pada November 2018.

Membabitkan ratusan testimoni daripada pelanggan yang akhirnya menjadi pengguna setia, jenama ini mengambil masa enam bulan untuk proses penyelidikan (R&D).

Pengasasnya, Dr Irma Shida Abu Samah, 39, berkata, dia mahu menghasilkan produk yang berkesan dengan cepat dalam mencerah, melembutkan kulit, menutup pori, menjadikan wajah tampak awet muda hingga 20 tahun kurang daripada usia sebenar.

“Hanya dengan pati semula jadi dan 100 peratus berasal daripada tumbuhan dan mineral Angel White berkesan tanpa dicemari racun penjagaan kulit yang diharamkan seperti merkuri dan hidrokuinon,” katanya.

Setakat ini, rangkaian produk ini telah terjual lebih daripada 10,000 set dengan purata 1,300 set sebulan dan Dr Irma menjangkakan jualan meningkat lima hingga 10 peratus setiap bulan hingga ke akhir tahun.

Foto: Instagram Dr Irma Beauty

Ditanya mengenai  strategi yang digunakan untuk mengukuhkan kedudukan produk ini dalam pasaran tempatan dan global, Dr Irma memberitahu, syarikatnya mengamalkan pemasaran yang beretika dan mementingkan kualiti produk agar keyakinan pelanggan berkekalan terhadap setiap produk yang dikeluarkan.

“Setakat ni syarikat mempunyai lebih kurang 20 stokis dengan 100 ejen dan bercadang untuk menambah bilangannya. Sehingga kini juga, Angel White sudah mendapat kelulusan Badan Pencegah Obat dan Makanan Indonesia dengan bantuan rakan strategik kami di sana, PT Sehat Cantik Djelita.

“PT Sehat Cantik Djelita juga akan menjadi pengedar tunggal bagi variasi produk keluaran syarikat Irma Ariandi Global Sdn Bhd,” jelasnya.

Yanie Baharom