Opsss…Lucinta Luna Buat Hal Lagi?

Selebriti kontroversi Indonesia, Lucinta Luna sekali lagi mencetuskan ‘perang’ di sosial media dengan sebuah kenyataan pedasnya.

Dalam satu temubual bersama usahawan kosmetik Datuk Aliff Syukri di laman Youtube Terlajak Laris, Lucinta menyebut tidak suka dengan penampilan penyanyi Upiak.

Tambah Lucintac dia menyifatkan Upiak sebagai ‘jelek’ dan tidak setaraf dengan dirinya.

“Saya tak suka Upiak, saya tak suka. Dia jelek sayatak suka, saya tak suka yang jelek-jelek. Saya suka yang cantik macam ratu, tak sesuai,” jawab Lucinta ketika disoal tentang Upiak.

Selepas video itu mula viral, penyanyi Upiak memberi respon terhadap kenyataan yang berbaur hinaan itu.

“Saya keluar negeri bukan pergi jual diri atau pembedahan. Saya tidak ganggu sesiapa dalam karier seni, pelik kenapa dia menghina saya,” tulis Upiak.

Sementara itu, Upiak sempat mengajak Lucinta untuk bertanding menyanyi dengannya.

Untuk rekod, karier Upiak mula meniti di bibir peminat di Indonesia, Malaysia dan Thailand selepas lagu Tak Tun Tuang menerima reaksi positif.

Sabarlah ya Upiak…

SGMS Faida