Categories: Oh Lawa

Suka merah jambu atau putih? Converse lut sinar hebat sekali!

Memang cool habis koleksi baharu rekaan jenama kasut popular, Converse! Seksi dalam gaya sporty itulah yang boleh ditafsirkan mengenai edisi terhad ini yang menggunakan bahan lut sinar tetapi juga didatangkan dalam warna mengujakan.

Pastinya sesiapa yang menyarung kasut ini akan menjadi perhatian penggemar kasut jenama Converse kerana keunikannya bersifat lut sinar dan lebih mengujakan kerana ia ditampilkan dalam rona merah jambu!

Melihat kembali sejarah perekaan kasut, konsep lut sinar atau tembus pandang ini bukan asing bagi jenama besar (Convese) kerana sebelum ini ia sudah pernah diperkenalkan kepada khalayak penggemarnya  seluruh dunia.

 

Foto: Hypebeast

Malah, bukan orang muda sahaja yang menggemari kasut kanvas tahan lasak ini, ia juga menjadi pilihan golongan dewasa bahkan kanak-kanak juga kerana rekabentuknya malar segar sebenarnya dan boleh disesuaiakan dengan sebarang ketika.

Selaras dengan kemajuan teknologi dalam bidang rekaan kasut dan peningkatan mutu bahan yang digunakan untuk menghasilkan kasut, Converse Jepun mendahului pembuatan kasut lain dengan mengambil tindakan mengetengahkan rekaan lut sinar ini pada rekaan identik Converse, Chuck Taylor All-Stars.

Rekaan di bawah koleksi Chuck Taylor All Stars ini pastinya menggembirakan penggemar Converse wanita kerana ada dua pilihan warna yang diperkenalkan iaitu putih dan merah jambu.

Umum mengetahui kasut kanvas Converse ialah kasut tahan lasak, mudah dikendalikan dan sentiasa membuatkan pemakainya berasa cool kala melangkah dengan kasut berkenaan di kaki.

Oleh itu ia dihasilkan daripada bahan terpilih seperti getah premium yang akan menjadikan pemakainya berasa selesa ketika melangkah dan ringan sekali gus menjadikan edisi ini amat berbaloi untuk dimiliki setiap orang.

Di Malaysia, edisi  ini akan berada di pasaran bermula bulan hadapan dan dijual pada harga RM326. Sesiapa yang merasakan dirinya penggemar Converse, jangan terlepas peluang memilikinya!

Yanie Baharom