Categories: familuv

Nak ajar anak makan makanan berkhasiat? Jangan guna perkataan ‘sihat’

Dalam usaha untuk menggalakkan kanak-kanak supaya memilih makanan yang baik untuk kesihatan, ramai ibu bapa terpaksa mencuba pelbagai helah.

Satu daripadanya adalah dengan menyembunyikan ramuan sihat di dalam makanan untuk si kecil. Kaedah ini diharap dapat membuatkan si kecil tahu bahawa makanan yang sedap itu sebenarnya mempunyai bahan yang berkhasiat.

Bagaimanapun, mungkin ibu bapa boleh menggunakan pendekatan lain, seperti yang dijelaskan oleh Alice Zaslavsky, seorang penulis pemakanan.

Menurut ABC News, Alice mencadangkan ibu bapa supaya lebih fokus pada mewujudkan rasa ingin tahu dalam kalangan kanak-kanak.

Cara ini lebih baik daripada mengingatkan mereka bahawa ‘epal bagus, gula-gula tak bagus’.

Foto: Unlock Food

Apa caranya?

Langkah pertama adalah dengan mengelak daripada menggunakan perkataan ‘sihat’ apabila bercakap mengenai makanan.

Alice berkata, apabila seseorang itu mendengar saja perkataan ‘sihat’ akan menyebabkan minda secara tidak sedar beranggapan bahawa makanan itu tidak mempunyai sedap. 

“Sejak kecil, ibu bapa kita dulu sering menyuruh kita untuk mengamalkan pemakanan sihat. Jika teknik itu tidak begitu berkesan dengan kita, apatah lagi untuk anak kita,” katanya.

Sebaliknya, kata Alice, ibu bapa hari ini sepatutnya membuatkan anak mereka untuk rasa tertarik bagi mempelajari mengenai makanan.

“Langkah ini penting untuk mewujudkan perbualan yang menjangkau lebih jauh daripada ‘makan kerana ia bagus untuk kamu’ yang berbunyi pasif,” katanya.

Foto: The Conversation

Contohnya, daripada memberitahu si kecil bahawa mereka perlu makan epal kerana ia berkhasiat, anda boleh menceritakan fakta menarik mengenai buah ini.

Antaranya ialah buah epal tergolong dalam kumpulan keluarga bunga ros dan ia menghasilkan lilin sendiri untuk melindungi kulitnya.

Perbualan sebegitu akan memberi peluang kepada anda dan si kecil untuk merapatkan lagi hubungan kekeluargaan.

Foto: Consumer Reports

Anak anda memilih?

Alice berkata, sikap kanak-kanak yang cerewet dalam memilih makanan bermakna mereka juga akan rasa lebih berminat untuk mencuba makanan baharu.

“Lambat-laun mereka akan terbiasa dengan pendedahan terhadap makanan yang baharu diperkenalkan itu.

“Pendedahan tidak semestinya melibatkan mulut. Mereka boleh juga cuba memegang atau menghidu,” katanya

Jika mereka enggan makan, Alice mencadangkan ibu bapa supaya menawarkan jumlah yang sedikit sahaja, misalnya anda boleh meletakkan makanan yang baharu diperkenalkan kepada si kecil di tepi makanan yang dia biasa makan.

Ad Ops