Categories: Oh Lawa

Tip Memilih Cincin Perkahwinan Yang Everlasting!

Menjadi impian setiap wanita, untuk memiliki majlis perkahwinan yang sempurna. Sementara lelaki pula lebih senang menyerahkan sepenuh kepercayaan kepada bakal isteri asalkan jangan over budget! 

Bercakap mengenai impian perkahwinan, wanita adakalanya boleh menjadi super perfectionist. Dari  konsep perkahwinan, pemilihan gaun perkahwinan, pelamin dan katering, semuanya mesti tip top!

Namun disebabkan terlalu details pada hal-hal yang disebutkan, kadangkala bakal pengantin terlepas pandang soal pemilihan cincin perkahwinan. Justeru kami kongsikan tip memilih cincin pengantin yang worth buy untuk bakal raja sehari!

Foto: Beaverbrooks

1. Susun bajet anda. Sebelum membeli cincin, anda dinasihatkan agar memeriksa bajet supaya anda dapat berjimat daripada membeli sesuatu yang di luar kemampuan.

2. Bagi memilih bentuk cincin yang menarik, anda digalakkan untuk mencari dan berbincang dengan pasangan dari awal, bagi mengelakkan kehabisan stok dan saiz di pasaran. Bagi yang mahu menempah cincin, anda digalakkan untuk melakukannya dua bulan lebih awal. Pilih cincin yang selesa dipakai kerana cincin perkahwinan akan dipakai setiap hari. Ini bertujuan untuk mengelakkan kerja harian anda daripada terganggu.

3. Pilih saiz yang sedikit besar daripada saiz jari kerana selepas berkahwin, berat badan pengantin mungkin akan bertambah dan jari membengkak boleh menyebabkan cincin tidak muat.

4. Cari cincin yang mudah dibersihkan. Untuk menjimatkan duit dari membersihkannya di kedai, anda digalakkan memilih cincin yang boleh dibersihkan sendiri.

Sumber: Jelita 

Yanie Baharom