Categories: Oh Lawa

Tutorial Solekan Si Cantik Gadis Melayu Mira Filzah

Siapa bilang gadis Melayu tak menawan, tak menarik hati, tiada memikat…

Itu antara bait-bait lirik lagu Gadis Melayu nyanyian popular Dato’ Jamal Abdillah yang senantiasa terngiang-ngiang di telinga tatkala menyentuh soal kecantikan gadis Melayu.

Tidak dinafikan gadis Melayu mempunyai kecantikannya yang tersendiri. Memiliki raut wajah dan senyuman yang manis, merupakan antara senjata yang mampu membuatkan sang teruna jatuh cinta dengan sekali pandang.

Bagi menyempurnakan lagi penampilan, solekan merupakan sentuhan magis yang menjadi satu kemestian gadis Melayu masa kini untuk menyerlahkan lagi kecantikan mereka. Namun, bagi mengekalkan ciri keayuan gadis Melayu, jenis solekan natural perlulah menjadi pilihan.

Pelakon dan pengacara popular, Mira Filzah merupakan antara gadis Melayu yang menjadi idaman ramai jejaka di luar sana. Bagi anda yang nak tampil ayu seperti Mira Filzah, jom pelajari cara bagaimana Mira Filzah bersolek.

Sumber: Youtube

Ad Ops