Categories: Oh Lawa

Video tutorial solekan natural untuk wajah tampak cantik dan berseri

Solekan amat penting untuk menaikkan seri wajah, namun ada segelintir wanita yang tidak menggemari solekan yang berlebihan atau tebal kerana bimbang solekan sebegitu mungkin memberikan kesan bertompok-tompok jika dilakukan dengan teknik yang salah.

Bagi yang mahukan solekan yang minimal dan tampak segar, boleh ikuti teknik solekan semula jadi yang dikongsi jurusolek NurulHuda Mohd Salleh atau lebih dikenali dengan panggilan Nuda.

Nuda berkongsi teknik serta tip solekan natural yang effortless. Kredit gambar: YouTube Hijab & Heels

Jurusolek yang berpengalaman lima tahun itu berkata, kunci solekan yang baik dan cantik adalah pada asas solekan atau base makeup, iaitu rutin penjagaan wajah seperti pemakaian penyegar, pelembab dan serum sebelum bersolek amat penting bagi menghasilkan solekan yang sempurna.  

Menerusi video tutorial Solekan Natural dalam YouTube Hijab & Heels, Nuda turut berkongsi teknik dan panduan berguna mengenai cara sapuan bedak asas, pemakaian penutup cela (concealer) untuk wajah lebih berdimensi, panduan pemakaian bedak padat yang betul untuk menghasilkan wajah lebih semula jadi serta teknik shading (membuat bentuk) yang sesuai untuk jenis solekan ini.

Teknik yang betul mampu memberi efek solekan yang sempurna. Kredit gambar: YouTube Hijab & Heels

Nuda turut berkongsi tip pemilihan warna pemerah pipi, pembayang mata dan gincu yang sesuai untuk solekan yang tampak semula jadi. Jika ingin tahu bagaimana cara yang lengkap untuk solekan sebegitu, boleh tonton video di bawah.

Ad Ops